Kami menang kes secara merit, kata Bung

0

Bung Moktar Radin sebelum ini didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah keseluruhan berjumlah RM2.8 juta. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin menegaskan tidak harus ada persepsi negatif berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau dan isterinya Zizie Izette Samad daripada pertuduhan rasuah berhubung pelaburan Felcra bernilai RM150 juta.
Ketua Umno Sabah itu berkata mereka menang kes itu secara merit berdasarkan penghakiman Hakim Azhar Abdul Hamid bahawa pasukan pendakwaan gagal membuktikan kesalahannya dan kenyataan dua saksi utama mereka tidak boleh diterima.
“Hakim telah mengadili dengan sebaik mungkin dan kita telah berjuang selama lima tahun,” katanya ditemui media selepas prosiding itu.
Beliau mengulas sama ada timbul persepsi orang ramai berhubung pembebasannya, tiga hari selepas Presiden Umno Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas kesemua 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Terdahulu, Azhar berkata hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila mengarahkan pasangan itu membela diri.
Beliau berkata ia adalah satu ketidakadilan kerana tiada bukti Bung menerima wang melalui isterinya, yang dituduh bersubahat dengannya.
Bung, 65, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai suapan untuk mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Beliau didakwa menerima suapan berkenaan daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, melalui Zizie, di cawangan Public Bank Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.
Bekas timbalan ketua menteri Sabah itu juga didakwa menerima suapan RM337,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Mokhtar, atas nama Zizie di lokasi sama pada 19 Jun 2015.
Zizie, 44, menghadapi tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya dalam kesalahan yang didakwa.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM373,970.71
Ethereum (ETH) RM6,972.78
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,602.11
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.04
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.70
Solana (SOL) RM593.96
Dogecoin (DOGE) RM0.680523
Polkadot (DOT) RM16.05
Polygon (MATIC) RM0.805137
Lido Staked Ether (STETH) RM6,964.00
Shiba Inu (SHIB) RM0.000052
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM83.80