Kenyataan Kok mengenai sijil halal bukan isu 3R, kata Guan Eng

Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng bercakap kepada media di tempat letak kereta selepas Bukit Aman merakam kenyataan Teresa Kok hari ini.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng menolak tuduhan pihak tertentu bahawa kenyataan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung cadangan kajian mewajibkan pensijilan halal menyentuh isu kaum, agama dan raja (3R).

Lim mengulangi bahawa Kok hanya menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen dan tidak melakukan kesalahan.

“Orang ramai daripada semua lapisan masyarakat, sama ada Islam atau bukan Islam, telah menyatakan pandangan mereka,” katanya pada sidang media selepas polis selesai merakam kenyataan Kok di ibu pejabat polis Bukit Aman pagi ini.

“Kita berharap ini akan ditangani secara profesional, di mana seorang Ahli Parlimen perlu diberi ruang untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengundi mereka.”

Kok menghabiskan dua jam untuk direkodkan keterangan di Bukit Aman, sambil ditemani peguamnya, Syahredzan Johan.

Kira-kira 40 ahli DAP, termasuk Lim dan penasihat parti Tan Kok Wai, berhimpun menyokong Kok.

Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal, namun ia mengecualikan premis menghidangkan daging babi atau minuman beralkohol.

Kok dilaporkan berkata ia akan menyukarkan operasi perniagaan dan membebankan perniagaan kecil.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Source link

3RBukit Amanlim guan engsijil halalTeresa Kok
Comments (0)
Add Comment