Keputusan Umno kukuhkan lagi kerajaan Anwar, kata penganalisis

0

Keputusan Perhimpunan Agung Umno menghalang dua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan dilihat menguatkan lagi kerajaan Anwar Ibrahim, di mana Ahmad Zahid Hamidi adalah timbalan perdana menterinya.
PETALING JAYA: Keputusan Umno menghalang dua jawatan tertinggi parti dipertandingkan akan memperkukuhkan kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim tetapi pada masa sama masalah dalaman Umno akan terus berlanjutan, kata penganalisis.
Ibrahim Suffian dari Merdeka Center berkata, pemimpin Umno bahagian mungkin bersetuju dengan keputusan itu tetapi ahli akar umbi mungkin berfikiran sebaliknya.
“Mungkin pemimpin bahagian boleh menerima kerana mereka setia pada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin lama dalam parti. Tetapi bagi ahli biasa, mereka mungkin mengambil masa untuk menerimanya,” katanya kepada FMT.
Ibrahim berkata, kesan segera keputusan itu adalah kerajaan Anwar mempunyai peluang yang lebih baik untuk bertahan selepas pemilihan Umno, yang mesti diadakan sebelum 19 Mei ini.

“Bagaimanapun, ini bergantung kepada prestasi kerajaan Anwar. Untuk jangka masa pendek, situasi lebih baik kerana masih tiada kepastian dalam Umno.
“Katakanlah Zahid gagal mempertahankan jawatannya atas sebab-sebab tertentu, bagaimana pemimpin baharu nanti memutuskan mengenai kerjasama dengan Pakatan Harapan? Jadi buat masa ini, soalan itu boleh diletak ke tepi.
“Tetapi, tidak lama lagi perbicaraan Zahid di mahkamah akan berlangsung. Ketika tempoh itu, timbalannya Mohamad Hasan mungkin terpaksa memangku jawatan presiden, di mana ia boleh membawa kepada ketidakpastian,” katanya.
Kata Ibrahim, buat masa ini ahli Umno terpaksa menerima Zahid sebagai presiden, walaupun ramai berpendapat beliau antara punca kekalahan teruk parti itu dalam pilihan raya umum lalu.

Penganalisis sosio-politik Universiti Malaya, Awang Azman Pawi, berkata keputusan perhimpunan itu akan mengukuhkan gabungan dalam kerajaan perpaduan lebih-lebih lagi Zahid dan Anwar sudah berpuluh tahun berkawan.
Zahid adalah ketua Pemuda Umno pada 1980-an manakala Anwar pula ketika itu adalah timbalan presiden. Zahid kini timbalan perdana menteri dalam kerajaan diterajui Anwar.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM313,544.70
Ethereum (ETH) RM16,541.85
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,850.34
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.38
BUSD (BUSD) RM4.64
Cardano (ADA) RM1.90
Solana (SOL) RM675.74
Dogecoin (DOGE) RM0.61
Polkadot (DOT) RM28.69
Polygon (MATIC) RM2.76
Lido Staked Ether (STETH) RM16,540.62
Shiba Inu (SHIB) RM0.000091
Dai (DAI) RM4.71
TRON (TRX) RM0.551035
Avalanche (AVAX) RM135.02