Kerajaan ambil alih projek OPV, suntik pinjaman RM152.6 juta


Anwar Ibrahim berkata, pembinaan kapal peronda luar pesisir pertama boleh disiapkan tahun ini.

PETALING JAYA: Kerajaan mengambil alih projek kapal peronda luar pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) daripada syarikat Tabung Haji, Destini Sdn Bhd selepas ia dikesan menghadapi masalah besar.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kewangan akan menyuntik pinjaman RM152.6 juta bagi memastikan kapal itu disiapkan tahun ini.

“Kita terpaksa berikan satu lagi bentuk suntikan pinjaman untuk projek ini siap dan RM152.6 juta pinjaman terpaksa disediakan.

“Dari tinjauan kita, projek ini boleh disiapkan, iaitu OPV pertama dalam tahun ini,” katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya.

Pada 13 Sept 2022, Maritim Malaysia dalam kenyataan berkata, tiga OPV yang sepatutnya diterima agensi itu pada 2020 masih dalam pembinaan.

Susulan itu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memanggil Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Maritim Malaysia berhubung kelewatan perolehan OPV.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Source link

Comments (0)
Add Comment