Kerajaan jimat RM190 juta mansuh tol percuma, kata menteri

0

Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan pengecualian tol semasa musim perayaan pada mesyuarat Jemaah Menteri tahun lepas. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM190 juta setiap tahun selepas menghentikan pengecualian tol semasa musim perayaan, kata Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi hari ini.

Beliau berkata keputusan itu membuka jalan kepada pendekatan yang lebih bersasar untuk menyalurkan subsidi kepada golongan berpendapatan rendah.

“Kita sedang memperhalusi dasar untuk memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya, khususnya kumpulan B40,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas pelancaran SOS Balance oleh Touch n’ Go yang membolehkan pengguna TNG eWallet melalui tol walaupun baki tidak mencukupi, menawarkan mereka tempoh 24 jam untuk mengisi semula eDompet mereka.

Pada Selasa, Nanta berkata kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan pengecualian tol semasa musim perayaan pada mesyuarat Jemaah Menteri tahun lepas.

Hari ini, beliau berkata amalan memberikan pengecualian tol menyeluruh diperkenalkan sebagai langkah sementara semasa pandemik Covid-19 pada 2022 dan tidak lagi terpakai.

Beliau berkata kementeriannya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan langkah subsidi yang lebih tepat bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah.

“Kita akan melaraskan dasar dari semasa ke semasa agar sejajar dengan keperluan semasa. Tumpuan kini kepada bantuan yang disasarkan dan bukannya subsidi menyeluruh,” kata Nanta.

Tambahnya, subsidi tidak seharusnya memberi manfaat kepada semua secara sembarangan, termasuk individu berpendapatan tinggi yang tidak memerlukan bantuan tersebut.

Mengenai projek trafik aliran bebas pelbagai lorong, Nanta berkata kerajaan telah memperhalusi sistem dan mengumpul maklumat daripada pemain industri sejak Disember.

Bulan lalu, Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan berkata kertas Jemaah Menteri yang menggariskan hala tuju projek itu akan dibentangkan untuk kelulusan pada Januari.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM429,601.71
Ethereum (ETH) RM11,965.36
Tether (USDT) RM4.45
BNB (BNB) RM2,959.45
USDC (USDC) RM4.44
XRP (XRP) RM12.00
BUSD (BUSD) RM4.44
Cardano (ADA) RM3.57
Solana (SOL) RM876.33
Dogecoin (DOGE) RM1.19
Polkadot (DOT) RM23.16
Polygon (MATIC) RM1.42
Lido Staked Ether (STETH) RM11,960.15
Shiba Inu (SHIB) RM0.000074
Dai (DAI) RM4.45
TRON (TRX) RM1.03
Avalanche (AVAX) RM115.48