Khazanah Muzik Filem Melayu Klasik Dihidupkan Semula Dalam “Lagu Dari Seluloid Volume 2”

0

KUALA LUMPUR – Projek pengarkiban digital “Lagu dari Seluloid” memasuki fasa kedua dengan pengenalan “Lagu dari Seluloid Volume 2” yang akan memperkenalkan semula 10 lagu ikonik dari filem-filem Melayu Klasik era 1950 hingga 1959 kepada khalayak kontemporari.

Barisan penyanyi yang terlibat dalam projek Volume 2 ini termasuk Aqasha, Sharifah Zarina, Ayu Damit, Azizul Haqim, Ezdianie Hayatie dan Idris Brown

Inisiatif yang dilancarkan oleh Mac Training Centre Sdn Bhd dengan kerjasama Studio Funky Brigade ini bertujuan mendigitalkan dan merakam semula karya-karya muzik yang menjadi tonggak penting dalam sejarah perfileman dan muzik Melayu negara.

Menurut Pengarah Urusan Mac Training Centre, Puan Samirah Hambali, projek ini merupakan kesinambungan usaha tahun lalu dan mendapat sokongan berterusan daripada Yayasan Hasanah melalui geran ArtsFAS 2024.

“Terima kasih kepada Yayasan Hasanah yang masih menaruh kepercayaan untuk kami memikul tanggungjawab yang bukan kecil ini,” kata beliau semasa sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Pengarah projek merangkap pengarah muzik, Shamsul Cairel menjelaskan bahawa pemilihan fokus terhadap era 1950-an berdasarkan signifikan tempoh tersebut dalam sejarah perfileman Melayu.

“Era 50-an sebetulnya merupakan era meledaknya muzik dan filem Melayu Klasik. Sebab, ketika itulah bermulanya transisi daripada bangsawan ke filem yang mana ia juga berlaku selepas era perang dunia kedua,” jelasnya.

Khazanah Muzik Filem Melayu Klasik Dihidupkan Semula Dalam "Lagu Dari Seluloid Volume 2"

Inisiatif Lagu Dari Seluloid Volume 2 dilancarkan oleh Mac Training Centre Sdn Bhd dengan kerjasama Studio Funky Brigade

Antara lagu-lagu yang akan diberi nafas baharu dalam projek ini termasuklah “Merpati Dua Sejoli” (filem Bakti – 1950), “Semarak Hati” (filem Juwita – 1951), “Mesra Ibu/Kasih Ibu” (filem Sedarah – 1952), dan “Ingin Tahu” (filem Hujan Panas – 1953).

Lagu-lagu lain yang turut diketengahkan ialah “Chahaya” (filem Insaf – 1954), “Sejakku Bertemu Padamu” (filem 4 Isteri – 1955), “Tiada Kata Secantik Bahasa” (filem Anakku Sazali – 1956), “Nak Dara Rindu” (filem Bujang Lapok – 1957), “Sumpah Tanda Setia” (filem Gergasi – 1958) dan “Sang Ratu” (filem Raden Mas – 1959).

Barisan penyanyi yang terlibat dalam projek Volume 2 ini termasuk Aqasha, Sharifah Zarina, Ayu Damit, Azizul Haqim, Ezdianie Hayatie dan Idris Brown, dengan rakaman solo dan duet.

Proses pengarkiban ini bukan tanpa cabaran. Menurut Shamsul, salah satu kesukaran yang dihadapi adalah dalam mencari bahan rujukan, terutamanya bagi filem-filem yang tiada lagi salinan seluloid.

“Filem Bakti sudah tidak punya salinan seluloid. Bahkan, Ahmad Fauzee sendiri pun tidak ada salinannya. Jadi, kami menemui kesukaran untuk membuat rujukan bagi lagu Merpati Dua Sejoli yang dimuatkan dalam filem tersebut,” jelasnya.

Khazanah Muzik Filem Melayu Klasik Dihidupkan Semula Dalam "Lagu Dari Seluloid Volume 2"

Sharifah Zarina antara penyanyi yang terlibat dalam initiatif Lagu Dari Seluloid Volume 2

Bagi mendapatkan maklumat yang tepat, pasukan projek telah menjalankan penyelidikan mendalam termasuk mewawancara dua tokoh penting dalam industri iaitu maestro muzik dan komposer, Dato’ Dr. Johari Salleh serta pelakon dan penyanyi Ahmad Fauzi.

Projek ini juga melibatkan kerjasama strategik dengan ASWARA, Bahagian Muzik RTM, Arkib Negara serta Perpustakaan Negara. Pemuzik-pemuzik yang terlibat adalah dari kalangan pelajar muzik ASWARA serta beberapa tenaga profesional.

Rakaman audio dan intipati visual projek “Lagu dari Seluloid Volume 2” telahpun ditayangkan di saluran YouTube Mac Training Centre Sdn Bhd pada 27 Februari 2025 yang lalu.

Projek yang mendapat sokongan daripada ArtsFAS 2024 (Yayasan Hasanah) ini turut menerima tajaan daripada Mastika Katering sebagai penaja utama makanan sidang media serta tajaan venue daripada ASWARA.

Usaha pengarkiban digital ini diharapkan dapat memastikan warisan muzik filem Melayu terus kekal relevan dalam era digital dan menjadi rujukan berharga untuk generasi akan datang, sekaligus memupuk kecintaan terhadap kekayaan muzik Melayu klasik.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM371,654.88
Ethereum (ETH) RM8,726.02
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM2,781.13
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM10.63
BUSD (BUSD) RM4.42
Cardano (ADA) RM3.15
Solana (SOL) RM568.43
Dogecoin (DOGE) RM0.743425
Polkadot (DOT) RM19.80
Polygon (MATIC) RM0.926304
Lido Staked Ether (STETH) RM8,715.92
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.03
Avalanche (AVAX) RM82.84