Konflik manusia-gajah sebabkan kerugian hampir RM40 juta

0

Konflik manusia dan gajah berlaku kerana kegiatan guna tanah seperti pembukaan kawasan untuk perladangan dan pertanian yang mengakibatkan kehilangan serta pemisahan habitat haiwan itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebanyak RM39.9 juta kerugian direkod disebabkan konflik manusia dan gajah sepanjang tempoh lima tahun sejak 2018, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Setiawangsa berkata sepanjang tempoh tersebut, 10 kematian direkodkan manakala enam mangsa lain mengalami kecederaan.

“Sehingga Jun 2023, sebanyak RM315,340 anggaran kerugian direkodkan dengan dua kes kecederaan dan tiga kes kematian dilaporkan,” katanya, merujuk rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia.

Nik Nazmi menjawab pertanyaan (PH-Bruas), Ngeh Koo Ham, yang meminta kementerian menyatakan statistik kerosakan dan kematian akibat konflik manusia dan gajah untuk tempoh tersebut.

Katanya, konflik manusia dan gajah berlaku kerana kegiatan guna tanah seperti pembukaan kawasan untuk perladangan dan pertanian yang mengakibatkan kehilangan serta pemisahan habitat haiwan liar itu.

Sedangkan gajah katanya, memerlukan kawasan luas untuk mendapatkan keperluan makanan yang banyak serta kawasan keliaran sekali gus meningkatkan risiko berlaku konflik manusia dan gajah.

Sehubungan itu katanya, Perhilitan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Konflik Manusia-Hidupan Liar di Semenanjung yang melibatkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri.

Menurutnya, jawatankuasa itu bagi meneliti isu konflik serta merangka pelan pelaksanaan pengurusan konflik hidupan liar di seluruh Semenanjung.

“Kementerian juga sedang merangka mekanisme pemberian bantuan bagi kerugian dan kerosakan tanaman serta harta-benda akibat konflik hidupan liar kepada kumpulan sasar yang berkaitan,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM433,795.58
Ethereum (ETH) RM11,951.77
Tether (USDT) RM4.47
BNB (BNB) RM3,096.07
USDC (USDC) RM4.47
XRP (XRP) RM10.91
BUSD (BUSD) RM4.45
Cardano (ADA) RM3.51
Solana (SOL) RM863.84
Dogecoin (DOGE) RM1.17
Polkadot (DOT) RM23.51
Polygon (MATIC) RM1.44
Lido Staked Ether (STETH) RM11,951.55
Shiba Inu (SHIB) RM0.000075
Dai (DAI) RM4.47
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM116.32