Selepas 29 Tahun Berkecimpung dalam Industri Muzik, Band Ungu dari kumpulan muzik Indonesia buat julung kalinya akan menganjurkan sebuh konsert simfoni bersama orkestra sepenuhnya pada 12 Julai 2025, pukul 8.00 malam di Plenary Hall, KLCC.
Sebagai tanda terima kasih mereka kepada peminat-peminat mereka terutama bagi di Malaysia. Ungu memilih Plenary Hall, KLCC sebagai lokasi untuk menyambut ulang tahun mereka yang ke-29. Mereka menjanjikan sebuah persembahan yang bertenaga buat penonton yang hadir pada hari konsert itu . Oleh itu, mereka memilih Orkestra sebagai konsep konsert ini dengan tema “29th Anniversary – Symphony of Ungu”.
Penganjuran konsert Symphony Of Ungu adalah memberi penghargaan kepada Ungu yang sentiasa memberikan karya-karya yang memberi kesannnya tersendiri kepada peminat muzik tanah air. Dengan kredibiliti Kumpulan Ungu mereka juga menjanji persembahan yang sangat bertenaga dan Istimewa melalui sentuhan okestra daripada J.P Denny.
Plenary Hall, KLCC menjadi lokasi pilihan untuk konsert ini dengan mensasarkan sebanyak 2,865 orang penonton pada konsert yang berdurasi dua jam tersebut.
“Kami sebagai penganjur percaya konsert ini mampu mencapai target kerana Ungu merupakan sebuah Kumpulan yang mempunyai sokongan daripada peminat mereka yang tersendiri apatah lagi mereka sudah hampir usia tiga dekad dalam industry muzik Malaysia dan Indonesia” kata pihak penganjur.
“Kapasiti dewan itu hanya boleh memuatkan kurang daripada 3000 orang penonton oleh itu kami sarankan peminat segera mendapatkan tiket mereka bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang menonton dan merasai konsert yang akan memberikan kenangan yang amat bermakna buat mereka yang hadir” katanya lagi.
Tarikh : 12 Julai 2025
Waktu : 8:00 malam
Tempat : Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, Malaysia
Tema : 29th Anniversary Symphony of Ungu