Kumpulan pengguna puji Belanjawan 2024

0

Kerajaan mencadangkan peningkatan program Bantuan Tunai Rahmah dari RM8 bilion kepada RM10 bilion dalam Belanjawan 2024.

PETALING JAYA: Kumpulan pengguna memuji Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana skop yang lebih menyeluruh dan berani.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader, berkata belanjawan ini memenuhi sebahagian besar harapan persatuan itu.

“CAP merasakan belanjawan ini, yang agak komprehensif, merangkumi beberapa bidang yang tidak pernah disentuh dalam tahun-tahun sebelumnya, seperti mempromosikan tenaga lestari dan pembangunan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader

“Kami juga menantikan pelaksanaan subsidi bersasar dan melihat bagaimana ia akan dilaksanakan,” katanya kepada FMT.

Mohideen berkata peningkatan peruntukan subsidi dari RM64 bilion kepada RM81 bilion adalah wajar, mengambil kira liputan “berani dan komprehensif” dan keperluan untuk menangani inflasi.

Belanjawan persekutuan, yang dibentangkan oleh perdana menteri di Dewan Rakyat semalam, mencadangkan pelaksanaan berperingkat subsidi bersasar dengan penjimatan dialihkan ke program Bantuan Tunai Rahmah, untuk memastikan jumlah yang lebih besar boleh diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

Turut dicadangkan peruntukan untuk program Bantuan Tunai Rahmah ditingkatkan dari RM8 bilion kepada RM10 bilion tahun depan.

Saravanan Thambirajah.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Saravanan Thambirajah, mengalu-alukan inisiatif kerajaan dalam mengatasi kenaikan kos sara hidup.

“Belanjawan ini adalah belanjawan rakyat dan adalah pendekatan lebih bersasar terhadap subsidi dan seperti yang kita lihat, subsidi disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak,” katanya.

Bagaimanapun, walaupun terdapat banyak insentif dalam bentuk subsidi yang diwujudkan untuk menurunkan kos sara hidup, Saravanan berkata banyak yang boleh dilakukan dalam isu gaji minimum.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM372,341.55
Ethereum (ETH) RM8,719.07
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM2,794.51
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM10.68
BUSD (BUSD) RM4.42
Cardano (ADA) RM3.15
Solana (SOL) RM565.68
Dogecoin (DOGE) RM0.743212
Polkadot (DOT) RM19.85
Polygon (MATIC) RM0.924935
Lido Staked Ether (STETH) RM8,715.97
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.03
Avalanche (AVAX) RM82.58