Langgar lari punca motosikal kejar kereta di Gombak

0

Tangkap layar video tular menunjukkan beberapa penunggang motosikal mengejar sebuah kereta di sekitar Gombak.
PETALING JAYA: Insiden beberapa motosikal mengejar sebuah kereta di sepanjang Jalan Gombak semalam disebabkan pemandu itu melarikan diri selepas melanggar motosikal.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Sarifudin Mohd Salleh, mengesahkan laporan berhubung kejadian di sepanjang Jalan Gombak dari arah Taman Sri Gombak menghala Sentul Point itu diterima pada 2.05 petang semalam.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa sebuah motosikal sedang berhenti di lampu isyarat dilanggar sebuah Nissan Almera dari belakang.
“Suspek melanggar bahagian sisi kiri Yamaha LC135 itu, seterusnya melanggar bahagian kiri sebuah Proton Saga,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pemandu kereta itu belum tampil membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, tular video menunjukkan beberapa penunggang motosikal mengejar sebuah kereta di sekitar Gombak hingga Jalan Lingkaran Tengah 2 menghala Kepong.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM307,388.25
Ethereum (ETH) RM16,113.05
Tether (USDT) RM4.69
BNB (BNB) RM2,728.29
USDC (USDC) RM4.69
XRP (XRP) RM2.80
BUSD (BUSD) RM4.67
Cardano (ADA) RM1.91
Solana (SOL) RM803.64
Dogecoin (DOGE) RM0.608856
Polkadot (DOT) RM27.70
Polygon (MATIC) RM2.49
Lido Staked Ether (STETH) RM16,111.13
Shiba Inu (SHIB) RM0.000079
Dai (DAI) RM4.68
TRON (TRX) RM0.627165
Avalanche (AVAX) RM135.32