Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat memaparkan insiden pergaduhan di KLIA Terminal 1 melibatkan dua individu.
PUTRAJAYA: Kelewatan mendaftar masuk dipercayai menjadi punca perselisihan faham antara penumpang tempatan dengan seorang pekerja syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 10 Nov lalu.
Ketua Polis KLIA, Azman Shari’at, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu daripada petugas syarikat penerbangan.
“Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan.
Siasatan kes dijalankan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Azman berkata, orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau memuat naik sebarang kenyataan tidak benar dan palsu kerana tindakan sedemikian boleh disiasat bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat memaparkan insiden pergaduhan di KLIA Terminal 1 melibatkan dua individu.
Source link