LHDN tawar ansuran tunggakan cukai pendapatan; cukai untung harta tanah

0

LHDN berkata permohonan bayaran ansuran berlangsung sehingga 31 Mei 2024. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Pembayar cukai boleh membuat permohonan bayaran secara ansuran untuk amaun tunggakan cukai pendapatan (CP) dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) bagi tahun kebelakangan tanpa dikenakan kenaikan cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam kenyataan, memaklumkan permohonan bagi bayaran ansuran itu boleh dibuat bermula 6 Jun lalu hingga 31 Mei 2024, iaitu sepanjang tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 berlangsung.

PKPS 2.0 ialah inisiatif LHDN untuk menyokong rukun pemampanan dalam pentadbiran percukaian negara dan memberi peluang kepada pembayar cukai untuk tampil secara sukarela bagi melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur.

LHDN menjelaskan permohonan bayaran secara ansuran boleh dibuat secara bertulis dan dikemukakan di pejabat LHDN berhampiran atau secara dalam talian menerusi platform MyTax melalui portal rasmi LHDN, https://www.hasil.gov.my/.

“Sebagai maklumat tambahan, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan bagi permohonan ini sekiranya penyelesaian amaun dibuat dalam tempoh pelaksanaan PKPS 2.0,” menurut LHDN.

Pembayar cukai turut akan diberikan kelonggaran pelepasan sementara sekatan perjalanan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi bayaran ansuran tunggakan cukai yang dibuat secara konsisten dan mematuhi jadual bayaran.

LHDN memberitahu kegagalan mematuhi syarat bayaran yang telah ditetapkan boleh mengakibatkan kenaikan cukai dikenakan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM303,948.60
Ethereum (ETH) RM16,531.64
Tether (USDT) RM4.71
BNB (BNB) RM2,777.39
USDC (USDC) RM4.71
XRP (XRP) RM2.30
BUSD (BUSD) RM4.57
Cardano (ADA) RM1.81
Solana (SOL) RM634.89
Dogecoin (DOGE) RM0.58682
Polkadot (DOT) RM27.15
Polygon (MATIC) RM2.71
Lido Staked Ether (STETH) RM16,528.63
Shiba Inu (SHIB) RM0.000085
Dai (DAI) RM4.71
TRON (TRX) RM0.564867
Avalanche (AVAX) RM121.60