Mah Sing peruntuk RM2.4b | Harian Metro

0

MAH Sing Group Bhd, memperuntukkan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM2.4 bilion bagi melaksanakan lapan hingga 10 projek baharunya, sekali gus menyasarkan jualan RM1.6 bilion tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ho Hon Sang berkata, semua projek Mah Sing yang bakal dilancarkan tahun ini membabitkan hartanah kediaman jenis bertanah dan bertingkat.

Katanya, antara lokasi yang dilihat berpotensi untuk membina projek kediaman terbabit bukan sahaja di sekitar Lembah Klang, malah Pulau Pinang dan Johor.

“Kami jangkakan projek baharu ini akan dilancarkan bermula suku kedua tahun ini yang mana harga ditawarkan bawah RM700,000 (91 peratus) dan di bawah RM500,000 (51 peratus) bergantung kepada lokasi.

“Mah Sing memahami trend permintaan pasaran kediaman dan komited membina projek pembangunan bercampur yang memenuhi keperluan pembeli terutama mereka yang ingin menaik taraf rumah sedia ada mereka,” katanya pada sidang media sempena pelancaran projek M Panora di sini, semalam.

M Panora, projek hartanah kediaman keempat Mah Sing di Rawang adalah rumah superlink dua tingkat berkeluasan 24 x 65 dengan luas binaan dari 1,770 kaki persegi (kps) hingga 2,026 kps.

Projek dengan GDV RM300 juta itu dibangunkan atas tanah seluas 18.36 hektar dan menawarkan 396 unit yang akan dibina bermula suku ketiga tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.

M Panora mempunyai status strata dan pemilikan kekal serta ditawarkan pada harga indikatif RM650,000 seunit.

Ia juga dilengkapi pengawal keselamatan dan berpagar demi menjamin keselamatan penduduk.

M Panora didatangkan dengan dua jenis kediaman iaitu Yurri dan Barra di mana Yurri menawarkan luas binaan antara 1,770 kps hingga 1,792 kps manakala Barra (dari 2,001-2,026 kps) dan semua unit menawarkan empat bilik tidur dan tiga bilik air.

Sementara itu, Hon Sang berkata, pihaknya turut berharap kerajaan akan melanjutkan program Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2.0 yang berakhir Mei depan.

“Kami berharap HOC dapat dilanjutkan kerana kempen ini dilihat sangat membantu pembeli menikmati penjimatan apabila dikecualikan pembayaran duti setem,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM290,709.16
Ethereum (ETH) RM16,037.77
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,721.79
USDC (USDC) RM4.71
XRP (XRP) RM2.25
BUSD (BUSD) RM4.72
Cardano (ADA) RM1.86
Solana (SOL) RM651.04
Dogecoin (DOGE) RM0.591016
Polkadot (DOT) RM27.80
Polygon (MATIC) RM2.69
Lido Staked Ether (STETH) RM16,028.82
Shiba Inu (SHIB) RM0.000085
Dai (DAI) RM4.71
TRON (TRX) RM0.573022
Avalanche (AVAX) RM120.24