Malaysia komited perjuang isu Palestin

Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus memperjuangkan isu Palestin di peringkat antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Malaysia komited memperjuangkan isu kesejahteraan rakyat Palestin di persada antarabangsa, kata Anwar Ibrahim.
Perdana menteri menerusi hantaran di Twitter, berkata beliau telah menegaskan komitmen itu ketika menerima panggilan telefon daripada pimpinan Hamas, Khaled Mesh’al, tengah malam tadi.
Beliau berkata, sebelum menerima panggilan Khaled, bekas perdana menteri pihak berkuasa Palestin, Ismail Haniyeh, turut menghubunginya menerusi panggilan video.
“Selain menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan perdana menteri ke-10, beliau turut memuji kesungguhan seluruh rakyat Malaysia yang memastikan proses peralihan kepimpinan negara berjalan dalam keadaan aman dan demokratik,” katanya.

Source link

Comments (0)
Add Comment