MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH, SELAMA, PERAK

0

MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH, SELAMA, PERAK | Assalammualaikum semua. Jika mengembara ke mana-mana tempat. Wajib menikmati menu masakan tempatan. Nikmati dan terima kelainan masakan di sesuatu tempat. Pasti anda akan menghargai setiap suapan. 

Setelah tiba di Parit Buntar, kami di bawa ke restoran masakan kampung iaitu Restoram Nasi Ayam Hainan Gulai Kawah di Selama, Perak. Memang tengah lapar pada waktu itu, syukur Alhamdulillah dapat makan masakan kampung. 

Keunikan di Selama paling awal Ruby temui adalah minuman teh o ais limau sedap. Limau apa mereka guna? Masam manis dia ummmpphhh!

Restoran Nasi Ayam Hainan Gulai Kawah, Selama, Perak terletak berdekatan dengan Masjid Abdul Karim dan di Jalan Sir Chulan. Menurut penduduk di Selama, ini adalah restoran paling digemari ketika waktu sarapan pagi dan makan tengahari. 

Kepelbagaian menu masakan dan kawasan luas menjadikan ia selesa untuk pengunjung menjamu selera. Ruang tempat letak kereta juga banyak. Harga juga amat berpatutan. Pekerja juga mesra melayani pelanggan. Kami minta kicap dari jenama sekian, mereka ada 3 jenis kicap. Kami terus Huyooooo! Hehehe. 

Melihat menu terhidang, Ruby terus cakap aaaaaaaa bestnya. Semua masakan ini adalah comfort food buat Ruby. Rindu masakan mak di kampung. Ulam-ulaman tu aaaaaaaa my favourite. Jemput makan semua. 

Nasi Ayam Hainan: RM 7.50

Set Makanan Tengahari: RM 15 seorang

MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH, SELAMA, PERAK

Ulam-Ulaman yang telah dicelur. Lembut dan sedap.

MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH, SELAMA, PERAK

Sambal Belacan, sambal wajib.

MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH, SELAMA, PERAK

Ikan Masin Belanak. Sedapppp.

MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH, SELAMA, PERAK

Pajeri Nanas dan Terung. Yummmsss

MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH, SELAMA, PERAK

Kerabu Taugeh

MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH, SELAMA, PERAK

Pedal Kacang Panjang

MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH, SELAMA, PERAK

Sambal Udang

MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH, SELAMA, PERAK

Gulai Kawah

MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH, SELAMA, PERAK

Gulai Nangka

MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH, SELAMA, PERAK

Gulai Pisang Muda

MASAKAN KAMPUNG SEDAP DI RESTORAN NASI AYAM HAINAN GULAI KAWAH, SELAMA, PERAK

Ikan Bakar

Jika datang ke Selama, Perak. Anda wajib menjamu selera di Restoran Nasi Ayam Hainan Gulai Kawah, Selama untuk mengisi perut. Apabila sudah kenyang, barulah ada tenaga nak melawat 7 Lata dan Air Terjun di Selama. 

Restoran Nasi Ayam Hainan Gulai Kawah, Selama

Jalan Sir Chulan, 

Sungai Relau, 

34100 Selama, 

Perak Darul Ridzuan

Waktu Operasi: 

Isnin – Sabtu

7:30 AM – 6 PM

010-469 8894

“Program Lawatan Produk Eko-Pelancongan (Homestay, Water Rafting, Climbing, Caving) di Selama – Gopeng, Perak Darul Ridzuan pada 6-9 Disember 2022 merupakan anjuran Unit Nature Adventure, Tourism Malaysia dengan kerjasama Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama, Selama Rafting dan Gua Tempurung Extreme. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Selama & Gopeng, Perak.”

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM304,076.63
Ethereum (ETH) RM10,602.96
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,466.35
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM2.25
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM1.46
Solana (SOL) RM727.15
Dogecoin (DOGE) RM0.740417
Polkadot (DOT) RM16.97
Polygon (MATIC) RM1.32
Lido Staked Ether (STETH) RM10,596.71
Shiba Inu (SHIB) RM0.000078
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM0.701034
Avalanche (AVAX) RM104.94