Masih bawah had statutori | Harian Metro

0

KERAJAAN meletakkan kepentingan membantu rakyat sebagai keutamaan walaupun ia menyebabkan peningkatan jumlah hutang negara.

Malah, terdapat hutang baik dan hutang buruk yang perlu kerajaan uruskan sehingga hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dalam keadaan ekonomi biasa, kerajaan perlu mengimbangi antara perbelanjaan untuk rakyat dan kadar hutang negara.

“Namun, apabila negara berada dalam krisis ekonomi, maka keperluan perbelanjaan untuk rakyat akan lebih besar menyebabkan paras hutang juga meningkat.

“Ekoran itu, kerajaan meletakkan kepentingan untuk membantu rakyat sebagai keutamaan, termasuk dengan menyuntik sejumlah RM340 bilion dalam ekonomi melalui beberapa siri pakej stimulus.

“Walaupun ia menaikkan hutang kita, namun ia masih tidak melepasi had statutori,” katanya dalam pembentangan Laporan Laksana ke-46 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), semalam.

Had statutori yang selalu disebut-sebut adalah had statutori untuk instrumen hutang yang diterbitkan kerajaan iaitu Malaysian Government Securities (MGS), Malaysian Government Investment Issues (MGII) dan Malaysian Islamic Treasury Bills (MITB).

Jenis hutang yang dikira di bawah had statutori itu adalah di bawah akta yang digunapakai oleh kerajaan sejak 2009.

Jumlah hutang bagi tiga instrumen terbitan itu pada akhir Disember tahun lalu adalah 58 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pada akhir Februari lalu, jumlah hutang itu 54 peratus KDNK dan dijangka mencecah 58.5 peratus pada akhir tahun ini.

Maka, ia belum melepasi had hutang statutori sebanyak 60 peratus.

Tengku Zafrul berkata, pada masa sama, Kementerian Kewangan akan terus memantau hutang negara bagi memastikan ia terkawal bagi mengekalkan keyakinan pelabur dan agensi antarabangsa.

“Tanpa keyakinan mereka, rakyat akan terkesan dengan pelbagai impak negatif seperti kurangnya pewujudan pekerjaan dan peluang perniagaan,” katanya.

Menurutnya, terdapat hutang baik dan hutang buruk dalam pecahan hutang negara di mana setiap satunya mempunyai impak tersendiri.

“Hutang baik adalah seperti pinjaman yang kita ambil untuk tampung kos inisiatif bagi membantu rakyat dan menyelamatkan pekerjaan.

“Pinjaman bagi membangunkan infrastruktur untuk rakyat seperti lebuh raya dan kemudahan awam lain juga adalah contoh hutang baik.

“Manakala, hutang buruk adalah hutang yang tidak membawa sebarang faedah ekonomi atau manfaat untuk rakyat hari ini. Ia termasuk sebahagian hutang yang perlu kerajaan urus disebabkan bebanan hutang legasi.

“Walaupun hutang ini bukan hutang dibuat kerajaan hari ini, tetapi ia tetap hutang yang perlu kita uruskan. Kesannya memang besar, tetapi kita cuba uruskan dan ia juga bukan alasan kerajaan tidak berbelanja untuk rakyat,” katanya.

Menurutnya, kerajaan tetap utamakan perbelanjaan untuk rakyat melalui Strategi 6R dan rakyat juga tidak boleh putus harapan dalam berdepan pandemik Covid-19.

“Program vaksinasi hari ini telah memberi harapan bahawa cabaran yang dibawa Covid-19 ada penghujungnya.

“Pemerkasa, iaitu inisiatif di bawah Strategi Pemulihan Ekonomi Negara 6R, akan menyediakan rakyat dan perniagaan untuk bangkit kembali apabila Covid-19 ini berakhir. Insya-Allah, kita mampu bangkit semula dengan lebih berjaya,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM315,718.69
Ethereum (ETH) RM16,572.72
Tether (USDT) RM4.71
BNB (BNB) RM2,851.45
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.26
BUSD (BUSD) RM4.64
Cardano (ADA) RM1.99
Solana (SOL) RM698.10
Dogecoin (DOGE) RM0.671909
Polkadot (DOT) RM30.14
Polygon (MATIC) RM2.88
Lido Staked Ether (STETH) RM16,570.97
Shiba Inu (SHIB) RM0.000101
Dai (DAI) RM4.71
TRON (TRX) RM0.546621
Avalanche (AVAX) RM149.07