Medac cadang universiti koperasi | Harian Metro

0

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) bercadang untuk melakukan transformasi dengan mewujudkan universiti koperasi sebagai inisiatif melahirkan generasi graduan celik keusahawanan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ilmu dipelajari di universiti koperasi dicadangkan itu dapat mendidik bakal graduan mengenai perniagaan koperasi dan keusahawanan dari aspek teori dan praktikal.

“Di universiti lazimnya hanya menekankan aspek pengurusan sumber manusia, tapi tidak memberikan pendedahan awal berkaitan cabaran pengurusan perniagaan.

“Oleh itu, bagi membolehkan cadangan ini tercapai kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan agensi dan badan korporat bagi membolehkan perancangan ini dijalankan dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Seminar Pemantapan Koperasi dan Program Pelancaran Kempen Norma Baharu Peringkat Sabah anjuran Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKM) dan Gerakan Koperasi di Kota Kinabalu, semalam.

Seminar pemantapan yang dihadiri 150 peserta terdiri daripada anggota lembaga koperasi, pengurusan dan anggota koperasi dari Sabah itu diadakan bagi membantu Gerakan Koperasi khususnya untuk memantap dan mengukuhkan pembabitan mereka dalam sektor ekonomi.

Wan Junaidi berkata, Medac juga memulakan kerjasama strategik dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk program keusahawanan belia dalam kalangan pelajar, graduan dan belia.

“Antara inisiatif dirancang dengan menawarkan pembiayaan disediakan melalui agensi Medac seperti Tekun Nasional,” katanya.

Selain itu, menurutnya, kaji selidik dijalankan Medac mendapati sehingga Ogos lalu sebanyak 16.67 peratus koperasi terpaksa menghentikan operasi perniagaan berikutan tidak mampu bertahan dalam pasaran ekonomi sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kaji selidik itu turut mendapati tahap kesediaan usahawan mikro dan koperasi mengadaptasi teknologi dan digitalisasi dalam perniagaan menjadi punca kepada perniagaan gagal diteruskan.

Wan Junaidi berkata, pengukuran kejayaan model perniagaan koperasi perlu diperincikan secara holistik memandangkan ia menjadi pemacu kepada pembangunan sosioekonomi inklusif dan bertindak membantu menangani kos sara hidup masyarakat.

Katanya, Gerakan Koperasi perlu berani mengambil peluang dengan menggunakan platform e-dagang secara meluas bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu pasca Covid-19.

“Sehubungan itu, bagi mengukuhkan prestasi dan produktiviti sektor koperasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030), sumbangan perolehan disasarkan koperasi adalah sebanyak RM100 bilion menjelang 2030.

“Sektor koperasi perlu mendukung usaha kerajaan dalam menjadi pengerak utama bagi membantu melonjakkan tahap keusahawanan B40 sekali gus membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM319,250.65
Ethereum (ETH) RM16,559.17
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,854.12
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.29
BUSD (BUSD) RM4.64
Cardano (ADA) RM2.04
Solana (SOL) RM714.15
Dogecoin (DOGE) RM0.674912
Polkadot (DOT) RM30.96
Polygon (MATIC) RM2.98
Lido Staked Ether (STETH) RM16,559.08
Shiba Inu (SHIB) RM0.000102
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.549893
Avalanche (AVAX) RM154.00