Menang Nenggiri gelombang kebangkitan anak muda, orang Melayu sokong BN

0

Pengerusi BN Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub, berkata kemenangan besar Nenggiri jadi gelombang kebangkitan anak muda dan orang Melayu kembali menyokong parti itu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Kemenangan besar PRK Nenggiri menjadi bukti anak muda dan orang Melayu tidak menolak Barisan Nasional (BN), kata Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub.
Beliau yang juga pengerusi BN negeri, berkata sebaliknya ia menyaksikan gelombang kebangkitan mereka menyokong parti itu, selain mengucapkan penghargaan kepada Presiden Umno Zahid Hamidi dan usaha keras seluruh jentera tempatan dan luar.
“Kemenangan malam ini adalah hasil kerja kuat kita dan saya cukup terharu dan berterima kasih kepada seluruh pengundi Dun Nenggiri terutama masyarakat Orang Asli yang memilih BN.
“Anggaplah ini sebagai langkah pertama kepada perjuangan kita. Perjuangan yang dititipkan di DUN Nenggiri ini bukan sahaja untuk Kelantan, sebaliknya untuk Umno keseluruhannya,” katanya menurut Harian Metro.
Mengulas lanjut, Jazlan berkata, kemenangan itu juga sekali gus menolak dakwaan yang tidak berasas pihak lawan yang mendakwa kerjasama BN dalam kerajaan perpaduan akan mengancam orang Melayu.
Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Nenggiri Nik Raisnan Daud, mengumumkan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti 3,352 undi selepas memperoleh 9,091 undi, berbanding 5,739 undi diraih calon PN, Rizwadi Ismail.
BN mencatatkan majoriti di 17 daripada 20 pusat mengundi, iaitu Tohoi, Pos Simpor; Sungai Puian; Sungai Jenera, Sungai Wias, Sungai Asap; Meranto; Bertam Baru; Jeram Tekoh; Renok; Kuala Sungai; Bertam Lama; Kampung Star; Perasu; Serian; Limau Kasturi; dan Jerek.
Sementara itu, tiga lagi pusat mengundi, iaitu Kesedar Limau Kasturi, Ladang SEDC dan Pasir Tumboh, memihak kepada PN.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, terdapat 20,259 pengundi berdaftar di DUN Nenggiri, termasuk 43 pengundi pos, yang terdiri daripada 17,636 orang pengundi Melayu; 2,843 pengundi kaum lain-lain, termasuk Orang Asli; 36 orang pengundi Cina; dan lapan orang pengundi India.
BN memenangi kerusi Nenggiri dalam empat pilihan raya berturut-turut sejak kawasan DUN itu diwujudkan pada 2004, tetapi tewas kepada PN tahun lalu apabila Mohd Azizi Abu Naim menewaskan calon Umno, Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM369,499.87
Ethereum (ETH) RM8,469.30
Tether (USDT) RM4.45
BNB (BNB) RM2,834.65
USDC (USDC) RM4.45
XRP (XRP) RM10.18
BUSD (BUSD) RM4.47
Cardano (ADA) RM3.15
Solana (SOL) RM556.92
Dogecoin (DOGE) RM0.746741
Polkadot (DOT) RM19.16
Polygon (MATIC) RM0.936331
Lido Staked Ether (STETH) RM8,461.69
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.45
TRON (TRX) RM0.99908
Avalanche (AVAX) RM85.06