KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang Wong Chen menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan syarat penuh perjanjian penyelesaian dengan Goldman Sachs berkait skandal 1MDB.
Beliau berkata penyelesaian sebanyak AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) bukan penyelesaian terakhir dan terbaik, memandangkan kerugian bersih akibat skandal 1MDB dianggarkan sekitar RM40 bilion hingga RM50 bilion, “bergantung pada apa yang dapat terima balik”.
“Yang lebih membimbangkan syarat jaminan sebanyak AS$1.4 bilion tidak jelas,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Source link