Meski berpanas, Salman ‘katak comel’ cekal cari rezeki bantu kakak sakit

0

Salman Abdullah ceria menghiburkan orang ramai dengan mengenakan kostum maskot katak berwarna merah jambu.

KUALA LUMPUR: Demi meringankan perbelanjaan keluarga termasuk menampung keperluan kakak tercinta yang menghidap penyakit kronik termasuk jantung berlubang, seorang pemuda rela berpanas dalam kostum untuk mencari rezeki.

Hampir setiap hari jika tidak sakit, Salman Abdullah, 23, bersama keluarganya akan menolak troli membawa kostum maskot katak berwarna merah jambu menuju ke sebuah pusat membeli belah di ibu negara dari rumah mereka di Chow Kit.

Di situ, Salman akan memperagakan kostum berkenaan untuk menghiburkan orang ramai yang kemudiannya memberi sumbangan kepada anak muda berkenaan.

“Ada hari dapat duit lebih, ada hari dapat sikit. Pernah RM40 atau RM30…tetapi bila hujan dapat RM15 sahaja,” katanya kepada FMT.

Namun Salman tetap bersyukur dengan rezeki halal diterima yang dapat menampung keperluan keluarga termasuk kakaknya berusia 24 tahun, menghidap kerosakan saraf tunjang, jantung berlubang, katarak dan masalah pendengaran.

Salman cekal membantu kakaknya yang menghidap penyakit kronik antaranya rosak saraf tunjang serta jantung berlubang.

“Saya buat ini untuk kakak saya dan bantu keluarga. Macam beli lampin pakai buang, susu dan lain-lain. Dapat duit (hasil maskot katak), saya beli keperluan kakak,” ujarnya

Setiap hari, Salman bersama keluarganya kan menolak troli membawa kostum maskot katak berwarna merah jambu menuju ke sebuah pusat membeli belah di ibu negara untuk mencari rezeki.

Salman hanya sempat bersekolah hingga berusia 10 tahun sebelum terpaksa turun ke jalanan menyarung maskot, membantu bapanya Johari Mad Salleh yang mencari rezeki sebagai penyanyi busker.

“Niat anak saya (Salman) hanya untuk bantu keluarga sebab kakaknya sakit. Nak beli keperluan dia…kerja saya menyanyi di jalanan ini, faham-fahamlah berapa sangat yang kami dapat,” katanya.

Bapa Salman Johari Mad Salleh mencari rezeki sebagai penyanyi busker.

Di sebalik kecekalan mereka mencari rezeki, Johari mengakui hatinya sedikit terusik apabila ada orang memandang rendah terhadap cara mereka mencari rezeki di tepi jalan seperti itu.

“Saya tak boleh nak kata apa hanya mampu mengalir air mata.

Gelagat Salman mengenakan kostum katak berwarna merah jambu sering menarik perhatian ramai.

“Pesan saya, janganlah memandang rendah pada orang yang cari rezeki di tepi jalan. Kalau tak suka, jalan terus,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM315,718.69
Ethereum (ETH) RM16,572.72
Tether (USDT) RM4.71
BNB (BNB) RM2,851.45
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.26
BUSD (BUSD) RM4.64
Cardano (ADA) RM1.99
Solana (SOL) RM698.10
Dogecoin (DOGE) RM0.671909
Polkadot (DOT) RM30.14
Polygon (MATIC) RM2.88
Lido Staked Ether (STETH) RM16,570.97
Shiba Inu (SHIB) RM0.000101
Dai (DAI) RM4.71
TRON (TRX) RM0.546621
Avalanche (AVAX) RM149.07