Motosikal dihempap pokok, penunggang maut, pembonceng cedera parah

0

Kemalangan berlaku semasa motosikal Yamaha FZ150 dinaiki mangsa bergerak dari arah Senawang menuju ke Rembau, menurut polis.
SEREMBAN: Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dihempap pokok yang tumbang di Jalan Seremban-Tampin tengah malam tadi.
Ketua Polis Seremban Nanda Maarof berkata, penunggang, Muhammad Ikram Mohd Yazid, 21, yang beralamat di Jalan Kampung Perigi Jernih, Rembau, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian pada 12.30 tengah malam itu.
Manakala pemboncengnya, Ammar Zarif Mohamad Junaidi, 18, beralamat di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor pula berada di zon merah Hospital Rembau akibat kecederaan parah di bahagian badan.
“Kemalangan berlaku semasa motosikal Yamaha FZ150 dinaiki mereka bergerak dari arah Senawang menuju ke Rembau,” kata Nanda.

“Setibanya di tempat kejadian, satu pokok di kiri bahu jalan tumbang lalu menghempap motosikal berkenaan menyebabkan kedua-duanya terperosok ke bawah pokok itu.”
Keadaan jalan raya ketika itu gelap, tanpa pencahayaan lampu jalan, namun cuaca ketika kejadian baik, tambahnya.
Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM413,785.64
Ethereum (ETH) RM13,557.34
Tether (USDT) RM4.49
BNB (BNB) RM3,019.85
USDC (USDC) RM4.50
XRP (XRP) RM11.06
BUSD (BUSD) RM4.45
Cardano (ADA) RM4.09
Solana (SOL) RM795.39
Dogecoin (DOGE) RM1.46
Polkadot (DOT) RM27.74
Polygon (MATIC) RM1.90
Lido Staked Ether (STETH) RM13,537.51
Shiba Inu (SHIB) RM0.000091
Dai (DAI) RM4.50
TRON (TRX) RM0.986855
Avalanche (AVAX) RM151.40