MERBOK: Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden mencabar Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) mengemukakan calon menteri besar jika gabungan itu berjaya mentadbir negeri.
Afnan turut mempersoalkan sama ada Mahfuz Omar atau Mahdzir Khalid bakal diangkat sebagai calon menteri besar, walaupun keduanya tewas di Parlimen Pokok Sena dan Padang Terap, PRU15.
“Mereka tak ada kredibiliti kepimpinan, rakyat tolak dan rakyat tak akan bagi kemenangan dalam PRN kali ini (kepada PH-BN),” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega PN di Taman Ria, Sungai Petani, malam tadi.
Related Posts