MSAM jadi digital sepenuhnya mulai 18 November

0

Kuala Lumpur: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengambil langkah proaktif tahun ini dengan memperkenalkan Minggu Saham Digital (MSD), adaptasi daripada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang biasanya dilakukan pada skala besar secara bersemuka di lokasi terpilih.

Penganjuran secara digital selama tujuh hari itu disiarkan secara langsung antara jam 12.30 tengah hari hingga 10.30 malam dari 18 hingga 24 November ini melalui Facebook dan YouTube.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, seiring dengan perkembangan transformasi digital, MSD buat pertama kali dianjurkan secara digital sepenuhnya.

“Selama dua dekad setiap tahun, PNB menyediakan platform secara bersemuka untuk masyarakat mengenali PNB dan syarikat pelaburannya.

“Ia juga memberi peluang kepada pemegang unit PNB mendapat gambaran bagaimana pelaburan mereka menyumbang kepada kekuatan ekonomi negara.

“PNB berjaya meletakkan MSAM sebagai acara tahunan yang sentiasa dinantikan dengan pelbagai aktiviti pendidikan mesra keluarga selama dua dekad.

“MSD adalah bukti bagaimana PNB terus berkembang serta mendukung cara baharu dan menarik untuk mendekati pemegang unit kami dan rakyat Malaysia secara umumnya, dengan matlamat untuk memperkasakan literasi kewangan melalui platform digital yang mudah dilayari.

“Ia adalah langkah penting ke arah perjalanan transformasi organisasi PNB yang lebih luas. Dengan menganjurkan acara tahunan kami secara dalam talian, semua lapisan masyarakat dapat menikmati pelbagai kandungan aktiviti menarik di mana saja mereka berada,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sepanjang minggu itu, pelbagai aktiviti disediakan, daripada siri forum dan webinar pendidikan, hinggalah segmen yang menghiburkan seperti konsert maya.

Menerusi acara digital dalam norma baharu itu, peserta

juga boleh menyertai acara permainan, rancangan memasak, eksperimen sains yang unik dan pertandingan pencarian harta karun maya.

Peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 termasuk Ford Ranger 2.0L XLT 4WD (10AT), Toyota Vios 1.5G (AT), Perodua Aruz 1.5AV (AT), Honda CBR250, lapan Honda Dash 125S dan e-baucar Lazada bernilai lebih RM180,000.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM299,769.90
Ethereum (ETH) RM10,706.23
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,464.22
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM2.21
BUSD (BUSD) RM4.33
Cardano (ADA) RM1.49
Solana (SOL) RM710.28
Dogecoin (DOGE) RM0.660274
Polkadot (DOT) RM16.64
Polygon (MATIC) RM1.34
Lido Staked Ether (STETH) RM10,702.82
Shiba Inu (SHIB) RM0.000075
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM0.718412
Avalanche (AVAX) RM103.25