MTUC lupa kebajikan jangka panjang pekerja, kata pakar ekonomi

0

Wujud kebimbangan mengenai kebajikan pekerja susulan kesan ekonomi wabak Covid-19.

PETALING JAYA: Dua ahli ekonomi mempersoal kebijaksanaan gesaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) supaya Putrajaya mengharamkan pembuangan kerja untuk tempoh tertentu dengan berkata, kesatuan itu seolah-olah mengetepikan kepentingan jangka panjang golongan pekerja.

Langkah sedemikian akan menyebabkan banyak syarikat mengalami kebankrapan, justeru mengakibatkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan mereka, kata Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway dan Carmelo Ferlito dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Mereka memberi respons terhadap kenyataan setiausaha agung MTUC J Solomon pasa Selasa yang menggesa kerajaan memperkenalkan peraturan kecemasan yang mengharamkan pembuangan pekerja untuk tempoh tertentu bagi memastikan kumpulan yang tidak termasuk dalam inisiatif subsidi gaji kerajaan akan dilindungi.

Solomon berkata, pekerja dengan pendapatan antara RM4,000 dan RM8,000 terdedah kepada kasihan-belas majikan dan akan kehilangan pekerjaan mereka sekiranya syarikat bertindak mengurangkan kos.

Yeah memberitahu FMT bahawa cadangan Solomon akan memberi manfaat jangka pendek kepada pekerja kerana ancaman terhadap kemampanan syarikat bermakna pekerjaan mereka berdepan risiko.

Beliau berkata, syarikat harus dibenarkan mengurus sumber manusia mereka mengikut keperluan sendiri selagi ia mematuhi undang-undang berkait tenaga kerja.

“Selain itu,” katanya, “keyakinan syarikat dan pelabur akan musnah sekiranya peraturan diubah. Akibatnya ialah tempoh pemulihan akan tertangguh dan ekonomi kehilangan dinamika dan daya tahan.”

Beliau berkata, fleksibiliti dan penyediaan ruang bagi perundingan mengenai langkah pemotongan gaji, waktu kerja lebih pendek dan pengecilan akan memberi manfaat kepada ramai pekerja dan firma dalam jangka pendek dan juga panjang.

Semalam pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata, tidak ada sesiapa pun yang berminat untuk membuat pelaburan di Malaysia sekiranya kerajaan menerima cadangan MTUC itu.

Ferlito berkata, beliau setuju dengan pandangan Shamsuddin.

Katanya, langkah mengharamkan pembuangan pekerja adalah berlebih-lebihan, tetapi ia boleh dipertimbangkan sekiranya majikan yang dikehendaki mengekalkan saiz tenaga kerja mereka diberikan subsidi tertentu.

Beliau berkata, pembuangan sebilangan pekerja mungkin merupakan satu-satunya cara bagi memastikan syarikat tidak gulung tikar.

Mengakui bahawa dasar kerajaan perlu memberi perhatian kepada kebimbangan masyarakat, namun katanya, Putrajaya perlu berwaspada terhadap “kesan tidak dijangka” seperti penutupan terus sesetengah syarikat.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM424,851.99
Ethereum (ETH) RM12,127.30
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM2,957.77
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM11.80
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM3.57
Solana (SOL) RM793.11
Dogecoin (DOGE) RM1.15
Polkadot (DOT) RM21.64
Polygon (MATIC) RM1.42
Lido Staked Ether (STETH) RM12,111.91
Shiba Inu (SHIB) RM0.000069
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM110.55