Myvi Edisi S bukan keluaran rasmi Perodua

PERODUA menjelaskan bahawa model Perodua Myvi Edisi S yang dikatakan untuk keluaran pasaran Brunei adalah hasil usaha pengedar sah Perodua di sana, GHK Motors dan bukan keluaran rasmi Perodua.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pada 4 Julai lalu, Perodua Brunei telah memperkenalkan varian Myvi 1.3L G versinya sendiri, dikenali sebagai Edisi S merangkumi kit badan yang dipertingkatkan dan diperolehi sendiri oleh GHK Motors.

“Kami telah berinteraksi dengan GHK Motors untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai varian ini dan untuk memastikan penambahan kepada varian ini memenuhi piawaian yang ditetapkan.

“Berdasarkan maklum balas daripada GHK Motors, pengenalan Myvi Edisi S ini adalah percubaan mereka untuk memperkenalkan varian yang lebih bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran di sana,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, pihaknya memahami bahawa pengenalan Myvi Edisi S menimbulkan kekeliruan pelanggan khususnya di Malaysia.

“Kami berharap kenyataan ini dapat menjelaskan perkara berkenaan,” katanya.

Source link

bisnes
Comments (0)
Add Comment