Nahas pesawat: Laporan awal dalam masa 30 hari

0

Petang Khamis lepas, sebuah pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang membawa lapan penumpang dan kru, terhempas di kawasan Bandar Elmina.
PUTRAJAYA: Laporan awal siasatan pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lepas akan disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian nahas tersebut.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), telah dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bermula pada tarikh kejadian.
“Tujuan utama penyiasatan dilaksanakan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan, dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan,” menurut kenyataan kementerian.
Tambahnya, siasatan yang dijalankan bukan bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti.
Oleh yang demikian, kementerian memohon bantuan orang awam atau mana-mana pihak yang mempunyai sebarang bentuk rakaman video atau gambar yang relevan, untuk tampil mengemukakan bahan berkenaan kepada BSKU bagi membantu kerja-kerja siasatan.
Bahan-bahan berkenaan boleh dihantar melalui emel [email protected] atau hubungi talian khas BSKU 03-8892 1235 (Lt Kol Juma’in Saadon).
Kementerian juga memohon kerjasama orang awam yang menyaksikan nahas tersebut untuk berhubung dengan BSKU.
Dalam pada itu, kementerian meminta orang awam agar tidak menyebarluaskan imej dan video mangsa kerana akan menimbulkan kekeliruan dan spekulasi yang bukan sahaja mengganggu siasatan, malah menyinggung perasaan waris.
Dalam kejadian pada 2.48 petang Khamis lepas, sebuah pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang membawa lapan penumpang dan kru, terhempas di kawasan Bandar Elmina.
Semua yang berada di dalam pesawat tersebut terkorban, bersama dua orang awam, seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu e-panggilan, yang melalui tempat kejadian.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM308,761.63
Ethereum (ETH) RM16,265.48
Tether (USDT) RM4.69
BNB (BNB) RM2,739.26
USDC (USDC) RM4.68
XRP (XRP) RM2.79
BUSD (BUSD) RM4.69
Cardano (ADA) RM1.91
Solana (SOL) RM807.15
Dogecoin (DOGE) RM0.609845
Polkadot (DOT) RM27.66
Polygon (MATIC) RM2.48
Lido Staked Ether (STETH) RM16,265.72
Shiba Inu (SHIB) RM0.00008
Dai (DAI) RM4.69
TRON (TRX) RM0.627212
Avalanche (AVAX) RM137.85