Nahas rombongan guru: Apad dapatkan laporan lengkap sebelum ambil tindakan

0

Ahad lepas, sebuah bas membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka, terbalik di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin dalam perjalanan ke Terengganu, mengorbankan 4 mangsa setakat ini. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) bekerjasama dengan agensi terlibat bagi mendapatkan laporan lengkap nahas jalan raya melibatkan sebuah bas persiaran dan treler di Jalan Kuantan-Segamat Ahad lepas sebelum mengambil tindakan.

Apad memaklumkan, pihaknya telah memanjangkan Surat Tunjuk Sebab (STS) kepada pihak syarikat bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian terbabit.

Katanya, semakan mendapati bahawa bas persiaran itu dilesenkan bawah Zuzin Holiday Sdn Bhd, manakala treler dilesenkan bawah LSM Metal Ace Sdn Bhd.

“Sekiranya hasil siasatan dan laporan yang diterima mendapati berlaku pelanggaran syarat lesen perkhidmatan oleh pihak syarikat, Apad boleh mengambil tindakan sama ada penggantungan atau pembatalan lesen bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010,” katanya dalam kenyataan.

Agensi itu berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan melibatkan kenderaan pengangkutan awam darat yang dipandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.

Pada 9 Jun, bas persiaran yang membawa 39 penumpang dan dua pemandu terbalik di cerun jalan tersebut berhampiran simpang tiga Bahau selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas itu dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka, bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Setakat semalam, nahas itu meragut empat nyawa, manakala 12 mangsa masih menerima rawatan di hospital di Rompin.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM292,636.16
Ethereum (ETH) RM16,070.56
Tether (USDT) RM4.73
BNB (BNB) RM2,723.81
USDC (USDC) RM4.73
XRP (XRP) RM2.26
BUSD (BUSD) RM4.73
Cardano (ADA) RM1.86
Solana (SOL) RM654.80
Dogecoin (DOGE) RM0.592905
Polkadot (DOT) RM27.80
Polygon (MATIC) RM2.71
Lido Staked Ether (STETH) RM16,046.11
Shiba Inu (SHIB) RM0.000085
Dai (DAI) RM4.73
TRON (TRX) RM0.57674
Avalanche (AVAX) RM120.99