Nahas van di Genting Highlands, angka korban meningkat

0


Keadaan van persiaran yang terbabas dan melanggar tembok penghadang ketika turun dari Genting Highlands Rabu lalu. (Gambar China Press)

PETALING JAYA: Angka korban dalam kemalangan maut van persiaran di KM4.8 Jalan Genting Highlands meningkat kepada lapan orang.

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Chew Chong Beh, 73, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) meninggal dunia pada 1.46 tengah hari Jumaat.

Katanya, enam lagi mangsa cedera, termasuk empat yang sedang dirawat di HKL, seorang di Hospital Temerloh dan seorang lagi dibenarkan keluar hospital.

“Sehingga 6 petang tadi, lapan mangsa disahkan meninggal dunia dan polis Kontinjen Pahang mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat kemalangan berkenaan,” katanya menurut Bernama.

Rabu lalu, sebuah van persiaran yang dinaiki 14 orang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands ke Pulau Pinang, terbabas dan melanggar tembok penghadang.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM334,309.80
Ethereum (ETH) RM16,935.72
Tether (USDT) RM4.73
BNB (BNB) RM2,785.60
USDC (USDC) RM4.73
XRP (XRP) RM2.94
BUSD (BUSD) RM4.74
Cardano (ADA) RM3.08
Solana (SOL) RM885.12
Dogecoin (DOGE) RM0.955737
Polkadot (DOT) RM45.20
Polygon (MATIC) RM4.81
Lido Staked Ether (STETH) RM16,900.93
Shiba Inu (SHIB) RM0.000148
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.568507
Avalanche (AVAX) RM258.14