NARKO INTEGRITI BUKAN SEKADAR POLIS TANGKAP POLIS

0

Assalammualaikum semua! Pembuka tirai tahun 2024 ini, filem pertama Ruby tonton di pawagam adalah SHERIFF: NARKO INTEGRITI. Filem yang Ruby tunggu sebab kami suami isteri peminat Pengarah Syafiq Yusof. Aneh kan? Biasanya ramai mengikuti selebriti. Tapi kami lebih selesa ikut karya pengarah. Mungkin dah terbiasa, kalau filem aksi, mesti tunggu filem Syafiq Yusof. 

Trailer SHERIFF: NARKO INTEGRITI pun dah ada plot twist. Ingatkan filem fiksyen dalam PDRM ada Sheriff macam New York City Sheriff tu. Sheriff yang harta waran, perintah mahkamah dan mengiringi orang yang berada dalam tahanan sivil ke mahkamah. Ternyata sangkaan ku salah belaka!

Rupa-rupanya, DSP SHERIFF tu nama penuhnya Sheriffuddin Hussein. Tak pernah ya kena game dengan pengarah Syafiq Yusof macam ni. Lepas tu, DSP Sheriff ni bukan sahaja kena siasat kes dalaman. Malah perlu terlibat dalam tugasan lapangan. Sampai migrain lah DSP Sheriff ni fikir. Nak cari Meth Killer, lokasi gudang Tony Ifrit dan Tikus dalam pasukan Narkotik. Memang bukan sekadar tangkap Polis!

Filem aksi yang confirm menggegarkan pawagam seluruh negara tahun ini, SHERIFF: NARKO INTEGRITI! Filem ini merupakan filem arahan Syafiq Yusof dan menampilkan barisan pelakon Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato’ Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Esma Daniel, Hazama, Sharuddin Tamby dan ramai lagi. Sheriff mula temui penonton di pawagam pada 18 April. 

Pada pendapat Ruby, jalan cerita SHERIFF: NARKO INTEGRITI bersesuaian dengan situasi semasa iaitu rasuah dan bersubahat dengan penjenayah kelas atasan. Tahniah Syafiq Yusof. 

Tajuk Filem: SHERIFF: NARKO INTEGRITI

Genre: Aksi 

Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd & SKOP Productions Sdn Bhd 

Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad 

Penerbit Eksekutif Bersama: Datuk Yusof Haslam 

Pengarah: Syafiq Yusof 

Bahasa: Bahasa Malaysia 

Durasi Filem: 132 Mins (2 jam 12 minit)

Klasifikasi: 16 Tahun ke atas (LPF)

Tarikh Tayangan di Pawagam: 18 April 2024

BARISAN PELAKON SHERIFF: NARKO INTEGRITI

Zul Arifin sebagai Deputi Superintenden Polis (DSP) Sheriffuddin Hussein @ DSP SHERIFF

Syafiq Kyle sebagai Inspektor (INSP) Nazri

Azira Shafinaz sebagai Asistan Superintenden Polis (ASP) Syazlin

Elizabeth Tan sebagai Asistan Superintenden Polis (ASP) Jennifer Wong

Dato’ Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit, Pengedar Dadah Methamphetamine

Sharuddin Tamby sebagai Deputi Superintenden Polis (DSP) Malik

Kamal Affendi sebagai Deputi Superintenden Polis (DSP) Afsham

Natasha Mahyan sebagai Inspektor Wani

Zen Ng sebagai Detektif Hong

Meynillen sebagai Detektif Naga

Amir Nafis sebagai Inspektor (INSP) Farouk

Kodi Rasheed sebagai Firdaus

Esma Danial sebagai Superitenden Roslan

Hazama sebagai Inspektor Amirul Asyraff

Azri Iskandar sebagai Husin

TRAILER SHERIFF

SINOPSIS SHERIFF

Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik merasakan masalah sindiket dadah syabu Tony Ifrit semakin berleluasa dan mereka sering terlepas dari cengkaman undang – undang apabila melalui proses penghakiman. Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri. Sementara itu Sheriff, seorang anggota polis daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’. Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan. Ada kemungkinan Meth Killer itu berada didalam Jabatan Narkotik itu sendiri. 

PENGARAH SYAFIQ YUSOF BERI KEPUASAN AKSI PADAT DALAM SHERIFF

Jika anda dahagakan filem aksi yang padu dan puas untuk 2 jam 12 minit, SHERIFF adalah filem yang sangat sesuai. Filem Syafiq Yusof kali ini kemas dengan babak pembunuhan, watak yang psycho, plot twist yang buat kita tetanya-tanya dan dialog yang bersesuaian. Serius filem ini tidak meleret-leret. Satu persatu babak buat kita tak berkelip mata! 

Suntingan sinematografi tidak usah dipertikaikan, rasa nak melompat apabila watak DSP Sheriff menunggang motosikal dan landing pakai lutu dan boleh teruskan mengejar penjenayah! Babak kombat Zul Ariffin dan Dato’ Aaron Aziz pun cun! Seni mempertahankan diri mereka memang sesuai dengan tubuh badan sasa. Ketinggian pun lebih kurang. Rasa nak tutup mata, tapi best pula tengok lawan-lawan ni. Sebagai anggota Polis, wajib mahir seni mempertahankan diri. Ini yang digambarkan oleh pengarah agar kita tahu Anggota PDRM kita tak kosong. Berani dan Tangkas!

RINDU LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN DATO’ AARON AZIZ

Dua figura industri drama dan filem di Malaysia yang sentiasa dinantikan kemunculannya. Sama ada di kaca televisyen atau layar pawagam, Zul Ariffin dan Dato’ Aaron Aziz sentiasa memiliki tempat di hati para peminat. 

Watak mereka di dalam SHERIFF: NARKO INTEGRITI sangat istimewa dan berada di tempat tertinggi dalam pasukan masing-masing. Bukan mudah untuk bertembung atau tertangkap. Tetapi apabila sekali bertemu, ibarat buku dan ruas. Sama-sama tangkas, berani dan ada deria keenam yang hebat. Gandingan yang mantap!

LAKONAN AZIRA SYAFINAZ SEMAKIN MATANG

Mesti ramai menantikan watak Azira Syafinaz lakonkan. Nampak watak yang tenang kan? Tetapi lenggok badan dan ekspresi wajah watak ini ternyata buat kita wow dengan lakonan Azira Syafinaz. Pelakon cantik ini berani mencuba watak mencabar, paling Ruby rasa marah bila babak undercover bertemu Tony Ifrit. Seram kalau pelakon kesayangan kita kena bunuh. Nasib baik cepat PDRM sampai. Suspen betul!

SYAFIQ KYLE MENDUNIA!

Amboi Syafiq Kyle, lain betul watak kali ini. Terkejut ya tengok setiap babak sebagai Meth Killer tu! Kerja kemas betul! Watak dua identiti dalam satu masa ni mencabar! Sebiji macam pembunuh bersiri! Lepas tu kehidupan dihantui orang yang kamu bunuh tu memang nyata seperti wujud ganggu mental. Babak ini menggambarkan setiap pembunuhan yang dilakukan pasti ada kesannya. Derita dalam senyap! Sebab itu tidak mustahil setiap kali kes pembunuhan apabila disabit kesalahan di mahkamah ada yang disahkan sakit mental. Ingat terlepas dari hukuman? Sesiapa yang mengaku sakit mental, mereka tidak akan terlepas dengan hukuman. 

Prosedur berkenaan pesakit mental dalam Mahkamah boleh dirujuk dalam Seksyen 342 hingga 344 Kanun Tatacara Mahkamah 2012. Wah sampai ke sini Ruby ulas. Makin seronok filem Skop Productions dan Astro Shaw. 

APA KATA PENERBIT?

Menurut Pengarah, Cerita Asal dan Lakon Layar filem Sheriff, Syafiq Yusof berkata, “Sheriff membawakan sebuah perspektif yang belum pernah dibawa oleh filem-filem kepolisian terbitan Skop Productions sebelum ini. Idea filem Sheriff ini tercetus daripada gabungan Datuk Yusof Haslam dan saya sendiri berdasarkan filem-filem kepolisian yang pernah kami hasilkan sepert KL Special Force dan juga Polis Evo 3. Namun untuk karya Sheriff, saya tambahkan sentuhan istimewa untuk penggemar-penggemar genre filem psikologi.”

Pengerusi Skop Productions merangkap Penerbit Eksekutif Bersama Sheriff, Datuk Yusof Haslam, “Filem ini menjadi lebih menarik apabila pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) Bukit Aman turut bekerjasama dan memberi nasihat dalam proses pembikinan filem. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM Bukit Aman dan rakan penerbit, Astro Shaw kerana sentiasa memberikan kerjasama yang sangat memberangsangkan sepanjang menghasilkan karya ini. Kami berharap agar penonton-penonton di Malaysia dapat menikmati filem ini dan reaksi positif mereka adalah tanda sokongan kepada filem tempatan, di samping membawa kejayaan kepada genre yang baru dan segar.”

Sementara itu, Penerbit Eksekutif dan juga Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, Astro Shaw amat teruja untuk mempersembahkan sebuah lagi filem arahan Syafiq Yusof dan optimis ia bakal mencatatkan satu lagi sejarah dalam industri perfileman negara. “Sheriff merupakan filem ke-enam hasil daripada kerjasama bersama Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila. Meskipun industri filem tempatan diwarnai dengan pelbagai naskhah yang membabitkan badan beruniform. Namun, kehadiran Sheriff tentunya berbeza dengan filem-filem yang sedia ada kerana ia dipersembahkan melalui plot, babak dan dialog yang penuh kejutan. Memandangkan filem ini akan ditayangkan ketika minggu perayaan Aidilfitri, jadi kami merasakan ia adalah waktu yang tepat untuk ditonton bersama keluarga, rakan-rakan dan insan tersayang. Tentunya kami mengharapkan Sheriff dapat diterima semua penonton, sekali gus mampu mencipta satu lagi fenomena.”  

Lepas ni DSP Sheriff nak tangkap polis bahagian mana pula? Ada sambungan lagi? We want more! 

TEMUI PELAKON SHERIFF

Temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 20, 21, 27 dan 28 April. Ikuti perkembangan dan maklumat lanjut di akaun media sosial Astro Shaw atau Skop Productions, Facebook, TikTok, Instagram dan X. Gunakan tanda pagar #Sheriff #NarkoIntegriti #TakSemuaBolehSettle untuk kongsikan keterujaan dan pengalaman anda menonton Sheriff. 

Pembelian tiket filem Sheriff sudah boleh dibeli sejak 4 April dan peminat berpeluang untuk menonton sehari awal iaitu 17 April di pawagam. 

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM265,080.90
Ethereum (ETH) RM10,342.01
Tether (USDT) RM4.23
BNB (BNB) RM2,393.68
USDC (USDC) RM4.23
XRP (XRP) RM2.25
BUSD (BUSD) RM4.21
Cardano (ADA) RM1.50
Solana (SOL) RM617.06
Dogecoin (DOGE) RM0.470681
Polkadot (DOT) RM17.65
Polygon (MATIC) RM1.61
Lido Staked Ether (STETH) RM10,342.30
Shiba Inu (SHIB) RM0.000077
Dai (DAI) RM4.23
TRON (TRX) RM0.652881
Avalanche (AVAX) RM114.15