Nestlé hantar produk untuk barisan hadapan

BAGI menghargai usaha yang dilakukan barisan hadapan menentang wabak Covid-19, Nestlé menerusi inisiatif Nestlé Cares kini menghantar produk Nestlé ke hospital utama yang mengendalikan kes Covid-19.

Nestlé dalam kenyataan berkata, projek berkenaan adalah hasil inisiatif kakitangan Nestlé yang dilaksanakan bagi menggalakkan impak positif dalam masyarakat.

“Dalam keadaan yang mencabar ini, kami berharap platform Nestlé Cares ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung barisan hadapan kita dalam memerangi Covid-19,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, produk Nestlé yang dikirim itu diharap dapat membantu kakitangan perubatan untuk kekal bertenaga sepanjang melaksanakan tugas mereka.

“Kami menghantar produk ini dengan pesanan peribadi daripada kakitangan Nestlé yang menghargai pengorbanan mereka.

“Malah, kami juga menggalakkan orang ramai untuk menggunakan tanda pagar #semogadipermudahkan dan kirimkan kata-kata semangat untuk barisan hadapan yang banyak membantu negara pada saat ini,” katanya.

Antara produk yang dihantar kepada barisan hadapan ini termasuklah Milo, Maggi, Nescafé, KitKat, Nestlé Omega Plus, Nestum dan Koko Krunch.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Source link

    koronavirus
    Comments (0)
    Add Comment