NGO cadang tubuh majlis komuniti cegah krisis rentas agama, kaum

0

Pada Ogos tahun lalu, kerajaan mengaktifkan semula Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni) sebagai medium perbincangan antara pemimpin agama bagi menyelesaikan persoalan berkaitan agama serta kaum. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Sebuah NGO mencadangkan pentadbiran Anwar Ibrahim mewujudkan Majlis Persekutuan Hubungan Antara Komuniti sebagai usaha mencegah dan menghentikan krisis rentas agama serta kaum dengan segera.
Projek-Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA) dalam kenyataan berkata majlis itu harus dipengerusikan sendiri perdana menteri dan turut dianggotai Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang dan Menteri Hal Ehwal Agama Mohd Na’im Mokhtar.
“Majlis ini perlu sentiasa bersedia menawarkan campur tangan tepat pada masanya,” katanya.
“Kita memerlukan mekanisme multipartisan, lintas kementerian untuk mengurus, meredakan dan mencegah ketegangan etno-agama,” katanya yang mendakwa kontroversi penemuan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart semakin tidak terkawal kerana “sikap berdiam diri pentadbiran Anwar” di peringkat awal.
Menurut Projek SAMA, penubuhan rentas kementerian akan membolehkan penyelarasan yang lebih baik manakala proses membuat keputusan pelbagai parti akan mengikat semua pihak utama dalam kerajaan dan pembangkang daripada mengeksploitasi sebarang pertikaian etno-agama untuk keuntungan mereka.
“Majlis yang serupa harus ditubuhkan di peringkat negeri juga,” katanya.
Untuk rekod, kerajaan pada Ogos tahun lalu telah mengaktifkan semula Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni) yang berperanan sebagai medium perbincangan antara pemimpin agama bagi menyelesaikan persoalan berkaitan agama serta kaum.
Projek SAMA antara 18 pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan media yang menggesa semua pihak memerangi ucapan berunsur kebencian dan provokasi terhadap etnik atau agama, melalui gerakan #MZB365.
Kumpulan berkenaan dalam satu kenyataan berkata gerakan itu mengajak seluruh rakyat negara ini mengangkat amalan memohon dan memberi kemaafan, yang terkandung dalam semua ajaran termasuk agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme, dan orang asal di Sabah serta Sarawak.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM430,416.27
Ethereum (ETH) RM17,098.28
Tether (USDT) RM4.47
BNB (BNB) RM3,284.03
USDC (USDC) RM4.47
XRP (XRP) RM10.86
BUSD (BUSD) RM4.35
Cardano (ADA) RM5.27
Solana (SOL) RM1,028.62
Dogecoin (DOGE) RM1.84
Polkadot (DOT) RM48.28
Polygon (MATIC) RM3.24
Lido Staked Ether (STETH) RM17,077.36
Shiba Inu (SHIB) RM0.000133
Dai (DAI) RM4.47
TRON (TRX) RM1.49
Avalanche (AVAX) RM242.28