Pakej rangsangan ekonomi dalam masa terdekat

0

TUN Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dalam masa terdekat bagi mengurangkan impak berikutan penularan koronavirus baharu (Covid-19).

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dalam kenyataannya, hari ini, berkata, sebelum ini pakej rangsangan ekonomi dijadualkan diumumkan pada 27 Februari 2020.

Guan Eng berkata, bagaimanapun, pengumuman itu akan dibuat oleh Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim pada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

“Saya sudah mengadakan perjumpaan dengan Dr Mahathir hari ini bagi membincangkan perkembangan politik negara,” katanya.

Tambah Guan Eng, antara perkara yang dibincangkan termasuklah pakej rangsangan ekonomi untuk mengatasi kesan buruk akibat wabak Covid-19,

“Kementerian Kewangan dan saya sudah memuktamadkan pakej rangsangan ekonomi pada Ahad lalu untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri pada keesokan harinya. Bagaimanapun, Dr Mahathir meletakkan jawatannya pada 24 Februari 2020,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Source link

    Leave A Reply
    Bitcoin (BTC) RM428,148.96
    Ethereum (ETH) RM11,673.82
    Tether (USDT) RM4.44
    BNB (BNB) RM2,771.98
    USDC (USDC) RM4.44
    XRP (XRP) RM10.75
    BUSD (BUSD) RM4.43
    Cardano (ADA) RM3.10
    Solana (SOL) RM872.47
    Dogecoin (DOGE) RM1.12
    Polkadot (DOT) RM20.65
    Polygon (MATIC) RM1.36
    Lido Staked Ether (STETH) RM11,665.96
    Shiba Inu (SHIB) RM0.000071
    Dai (DAI) RM4.44
    TRON (TRX) RM1.03
    Avalanche (AVAX) RM108.84