PAMERAN GETHA DI 1UTAMA MENDIDIK MASYARAKAT TENTANG HASIL GETAH MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Sedang berlangsung Pameran Getha di 1Utama dari 6 Ogos hingga 11 Ogos 2024. Semua jenis tilam dipamerkan untuk pengunjung merasai sendiri perbezaan tilam dari jenama Getha. Promosi hebat juga sedang diadakan untuk anda yang mencari tilam baru. Pelbagai aktiviti turut disediakan untuk anda seisi keluarga agar semua berpeluang menikmati kualiti produk Getha.
Bermula pada tahun 1969, Getha ialah jenama gaya hidup yang menampilkan keajaiban 100% lateks semulajadi dari hari pertama anda hingga setiap hari. Diilhamkan oleh perkataan asli iaitu getah, nama jenama itu dipilih dengan teliti untuk mewakili jenama yang sememangnya berasal dari Malaysia, sebuah negara tropika yang terkenal dengan hasil getah berkualiti tinggi dan produk lateks asli.
Tarikh: 06 – 11 Ogos 2024
Lokasi: LG Oval Court, 1Utama Shopping Centre
Masa: 10AM – 10PM
Lim Seng Yu, Ketua Bahagian Perkongsian Strategiknya berkata, “Menggabungkan keselesaan dengan kelestarian adalah asas legasi kami. Sejak 1969, Getha komited untuk mencipta penyelesaian tilam yang bukan sahaja mewah tetapi juga bertanggungjawab terhadap alam sekitar, serta membantu sektor perladangan komoditi yang terlibat langsung dengan industri kami. Sebagai contoh, Getha memerlukan 1,000 pokok getah tempatan untuk menghasilkan sebuah tilam bersaiz king, yang membuktikan hubungan rapat dan sokongan kami terhadap industri getah. Dengan menggunakan 100% getah asli keluaran Malaysia, kami menyumbang kepada pengurusan lestari ladang pokok getah, memastikan kelangsungan dan pertumbuhan industri penting ini.”
Komitmen Getha terhadap kualiti dan kelestarian telah mendorong perluasan jenama tersebut ke lebih 30 buah negara, termasuk Australia, Korea Selatan, Thailand, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Sepanyol. Kehadiran jenama tersebut dalam skala global membolehkan Getha mempromosikan kepakaran pembuatan produk Malaysia dan hasil getah asli negara, sambil memperkukuhkan reputasi antarabangsa Malaysia dalam amalan kelestarian.
Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Pameran Getha ini menawarkan peluang unik untuk orang ramai melihat dengan lebih dekat produk dan menjiwai warisan jenama ini. Pameran tersebut menampilkan pelbagai rangkaian produk Getha, yang dihasilkan dengan teliti dan mencerminkan kualiti dan perhatian yang luar biasa terhadap perincian yang sinonim dengan jenama ini.
Sebagai tarikan utama, Getha juga melancarkan barisan tilam baharu di pameran ini, termasuk ‘Green Valley,’ ‘Golden Gate,’ ‘Boston Dream,’ dan ‘Victoria Park.’ Setiap tilam menampilkan ciri-ciri inovatif seperti vegan, kalis api, infusi minyak zaitun, dan fabrik viskos untuk menambah keselesaan.
Getha menjemput pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai Getha Roadshow di 1 Utama Centre Court (New Wing) dari 6 hingga 11 Ogos 2024. Alami sendiri kemewahan dan inovasi produk terbarunya sambil menikmati pelbagai aktiviti interaktif dan promosi eksklusif.