KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan itu akan meletakkan calon dari PAS pada PRK Ayer Kuning.
Katanya, PAS menyasarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebelum ini.
“Walaupun kita kalah sebelum ini, kita tidak akan buat sebarang perubahan. Biar kekal parti sama (untuk mewakili PN).
“Kami akan berikan sokongan penuh,” katanya yang juga presiden Bersatu dalam sidang media di sini.
PAS bertanding di kerusi itu lima kali sejak PRU 2008, tetapi semuanya tewas.
PRK DUN Ayer Kuning akan diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung Sabtu lalu.
Pada PRU15, ketua Umno Tapah itu memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya dilapor akan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Mac ini bagi menentukan tarikh PRK Ayer Kuning.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Source link