Pelajar dakwa dibuli, dicekik, dipaksa menari ‘wadidaw’

Ketua Polis Bera, Zulkiflee Nazir berkata polis menyiasat dakwaan buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah berasrama di daerah itu baru-baru ini. (Gambar fail)
PETALING JAYA: Polis menyiasat satu kejadian buli membabitkan seorang pelajar sebuah sekolah berasrama di Bera, Pahang yang didakwa dipaksa menari tarian tular ‘wadidaw’ dan dicekik pelajar senior.
Ketua Polis Bera, Zulkiflee Nazir berkata, polis membuka kertas siasat selepas bapa mangsa membuat laporan mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu semalam, lapor Sinar Harian.
Zulkiflee kejadian dipercayai berlaku ketika pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga dipanggil berkumpul atas arahan warden bagi tujuan pemeriksaan bilik.
“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati lima pelajar telah mengambil alih sesi tersebut dan bertindak membuli mangsa dengan memaksanya menari ‘wadidaw’.
“Mangsa juga mendakwa telah dicekik oleh salah seorang pelajar terlibat kerana berambut panjang,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Zulkiflee berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu dan bekerjasama rapat dengan Pejabat Pendidikan Daerah Bera bagi membanteras gejala buli dalam kalangan pelajar.

Source link

Berabulipolissekolah asramasiasattarian wadidaw
Comments (0)
Add Comment