Pelaksanaan RFID di PLUS ditunda

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) terpaksa menunda tarikh pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan tag teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di semua plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dijadualkan bermula 1 April ini.

Ini kerana pihak PLUS perlu mengutamakan keselamatan dan kesihatan kakitangan termasuk pengguna lebuh raya.

Oleh itu, semua ujian dan kerja progresif berkaitan sistem berkenaan dihentikan sementara di

bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, pihaknya percaya bahawa PKP adalah langkah

penting untuk melindungi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan bukan saja

kepada kakitangan kami malah kepada semua rakyat Malaysia daripada risiko Covid-19.

“Berdasarkan prinsipal ini, kami telah membuat keputusan untuk menjadualkan

semula pelaksanaan pembayaran tol menerusi RFID di Lebuh raya PLUS dan LPT2

ke tarikh baru yang akan diumumkan selepas tempoh arahan ini selesai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semua persiapan untuk memastikan persediaan RFID di semua lebuh raya kendalian

PLUS akan bersambung sejurus selepas tempoh PKP berakhir.

“Apabila selesai kelak, semua 83 plaza tol sistem tertutup di lebuh raya PLUS

dan 10 plaza tol di LPT2 akan dilengkapi kemudahan pembayaran tol menggunakan RFID,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya pihak PLUS juga ingin mengingatkan semua pelanggan agar terus mematuhi PKP yang dikuatkuasakan dan terus berada di rumah bagi membendung penularan Covid-19, untuk keselamatan diri dan keluarga.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Source link

    perintah kawalan pergerakan
    Comments (0)
    Add Comment