Pemaju di Melaka wajib bina rumah kos rendah, sederhana rendah

0

Dasar baharu pembinaan rumah kos rendah, sederhana rendah digubal agar golongan B40 tidak ketinggalan menikmati perumahan selesa, kata Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh.

ALOR GAJAH: Pemaju perumahan di Melaka khususnya melibatkan projek baharu diwajib membangunkan rumah kos rendah dan sederhana rendah.

Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh berkata, dasar baharu itu diberi penekanan agar golongan B40 tidak tercicir daripada menikmati perumahan yang selesa dan mampu milik,” katanya.

“Sebelum ini, kita terlepas pandang … pembinaan lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana rendah dalam setiap projek pembinaan di sesebuah kawasan tidak diberi perhatian, namun bawah pentadbiran saya, dasar ini akan diberi penekanan.”

Beliau berkata, rumah kos rendah dan sederhana rendah akan dibina berdasarkan keperluan dan permintaan rakyat di sesebuah kawasan.

Ab Rauf berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Perumahan “Better Bright Home” @ Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2023 Peringkat Melaka yang turut dihadiri Pengurus Besar TNB Melaka Khairizam Ibrahim hari ini.

Beliau berkata, inisiatif itu bukan sahaja bertujuan membantu rakyat memiliki rumah mengikut kemampuan mereka, malah menolong pemaju menangani kerugian, khususnya dari aspek aliran tunai sekiranya rumah yang dibangunkan tidak berjaya dijual.

“Tiada sebarang kuota pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah ditetapkan seperti sebelum ini sekali gus tidak membebankan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 37 rumah bawah Projek Perumahan ‘Better Bright Home’ @ Baiti Jannati TNB di Melaka bernilai lebih RM1.2 juta dibina sejak 2007 hingga tahun lepas.

“Saya mewakili kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada TNB kerana komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan membina rumah untuk membantu golongan asnaf memerlukan,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM319,245.93
Ethereum (ETH) RM16,587.49
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,880.08
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.30
BUSD (BUSD) RM4.65
Cardano (ADA) RM2.04
Solana (SOL) RM720.01
Dogecoin (DOGE) RM0.677277
Polkadot (DOT) RM31.05
Polygon (MATIC) RM3.00
Lido Staked Ether (STETH) RM16,584.80
Shiba Inu (SHIB) RM0.000103
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.551686
Avalanche (AVAX) RM154.66