Pemimpin Lubnan desak AS pastikan Israel berundur penuh

0

Kenderaan tentera Israel melalui bangunan musnah dibedil rejim Zionis di sebuah kampung di selatan Lubnan bulan lalu. (Gambar AP)

BEIRUT: Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati menggesa Amerika Syarikat (AS) memastikan Israel berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan yang didudukinya sebelum 18 Feb ini selaras perjanjian gencatan senjata yang diusahakan Washington dan Paris, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Dalam pertemuan dengan Timbalan Utusan Khas AS bagi Timur Tengah, Morgan Ortagus di Beirut, Mikati turut menuntut kemusnahan sistematik bandar dan kampung dihentikan.

Beliau menekankan keperluan melaksanakan sepenuhnya Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk menyelesaikan pertikaian sempadan di sepanjang Garisan Biru, menurut kenyataan pejabatnya.

Mikati menegaskan pematuhan terhadap resolusi antarabangsa penting bagi menstabilkan rantau ini, khususnya selatan Lubnan.

Sementara itu, Ortagus turut bertemu bakal perdana menteri Nawaf Salam, yang menggesa AS meningkatkan tekanan terhadap Israel bagi memastikan pengunduran penuh dari wilayah Lubnan yang diduduki menjelang tarikh akhir 18 Feb ini tanpa sebarang kelewatan, menurut Agensi Berita Kebangsaan Lubnan.

Salam turut menekankan kepentingan kerjasama dengan AS dan masyarakat antarabangsa bagi menyokong pemulihan, pembinaan semula serta kestabilan jangka panjang Lubnan.

Ortagus mengulangi sokongan AS terhadap kerajaan baharu Lubnan serta komitmen Washington terhadap agenda reformasi Salam, yang memfokuskan penyusunan semula sektor kewangan, kehakiman dan pentadbiran. Beliau turut menyuarakan harapan kerajaan baharu dapat dibentuk dalam masa terdekat.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM372,341.55
Ethereum (ETH) RM8,719.07
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM2,794.51
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM10.68
BUSD (BUSD) RM4.42
Cardano (ADA) RM3.15
Solana (SOL) RM565.68
Dogecoin (DOGE) RM0.743212
Polkadot (DOT) RM19.85
Polygon (MATIC) RM0.924935
Lido Staked Ether (STETH) RM8,715.97
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.03
Avalanche (AVAX) RM82.58