PEMUZIK ORKESTRA IRINGI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0

0

PEMUZIK ORKESTRA IRINGI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0 | Assalammualaikum semua. Berita gembira buat semua peminat penyanyi Cakra Khan! Beliau kembali untuk menghiburkan peminat di Kuala Lumpur dengan persembahan konsert yang lebih menyentuh jiwa iaitu dengan diiringi oleh Pemuzik Orkestra! 

Konsert: Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur 2.0

Tarikh: 17 Februari 2023

Hari: Sabtu

Masa: 8:30 Malam

Lokasi: Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre

Sebagai penyanyi dan berada di dalam industri hiburan, pasti mempunyai impian dan keinginan untuk terus maju seiring dengan peredaran zaman. Tahun berganti tahun, muzik dan penyanyi sentiasa diingati kerana nostalgia lagu dan lirik sentiasa memainkan peranan besar kepada jiwa-jiwa manusia. 

Insan bernama Cakra Khan adalah figura selebriti yang memandang jauh dalam industri hiburan. What’s next? Yakin Boleh! dan terus menimba ilmu. Belajar dan terus belajar. Walaupun sudah lebih 10 tahun dalam industri, Cakra Khan sentiasa ingin mendekati peminatnya. Malah pernah menyertai America’s Got Talent 2023. Namun, pada pendapat Ruby. AGT adalah bukan platform untuk pertandingan nyanyian. Jadi, Cakra Khan boleh sertai pertandingan nyanyian yang selayaknya untuk keunikan vokal yang dimiliki beliau. Setuju?

PEMUZIK ORKESTRA IRINGI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0

Cakra Khan ingin beri persembahan istimewa semasa konsert Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur 2.0 dan paling best adalah diiringi oleh Pemuzik Orkestra sepenuhnya! Bilangan Pemuzik Orkestra dianggarkan sehingga 32 orang dan diketuai oleh Pengarah Muzik Datuk Ramli MS! Bayangkan selama 3 jam Cakra Khan menghiburkan kita dengan iringan muzik Orkestra. Pasti menusuk kalbu! Kali ni Ruby nak bawa tisu supaya boleh enjoy menangis. Hahaha.

PENGARAH MUZIK, DATUK RAMLI MS MENGETUAI ORKESTRA KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0

Datuk Ramli MS terajui orkestra konsert Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur 2.0. Ruby berbangga dengan pilihan Cakra Khan. Ini kerana tidak dinafikan Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram sangat arif tentang susunan muzik. Pendengaran Tok Ram memang padu dan jelas. Tegur secara langsung dan tiada selindung adalah cara beliau untuk beri yang terbaik sepanjang masa. 

PEMUZIK ORKESTRA IRINGI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0

Bersesuaian kerjasama bersama penyanyi kesayangan ramai Cakra Khan. Cakra Khan juga memiliki personaliti yang menginginkan kesempurnaan dalam kerjaya nyanyian beliau. Orang yang berusaha pasti berjaya. 

HARGA TIKET KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0

Lokasi konsert Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur 2.0 masih mengekalkan Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Pastinya keselesaan peminat diutamakan oleh Cakra Khan dan penganjur konsert.

PEMUZIK ORKESTRA IRINGI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0

Plenary Hall mampu menampung sehingga 3000 pengunjung. Paling mudah adalah parking di Kuala Lumpur Convention Centre selepas jam 5 petang hingga 5 pagi pada Sabtu adalah pada kadar tetap atau maksimum RM 17. Barulah seronok ke konsert carpool bersama keluarga atau sahabat galau. Hehehe. 

PEMUZIK ORKESTRA IRINGI KONSERT CAKRA KHAN A DECADE LIVE IN KUALA LUMPUR 2.0

Dapatkan tiket anda sekarang di 

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM307,808.28
Ethereum (ETH) RM16,220.69
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,769.35
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.33
BUSD (BUSD) RM4.63
Cardano (ADA) RM1.77
Solana (SOL) RM648.37
Dogecoin (DOGE) RM0.570183
Polkadot (DOT) RM27.42
Polygon (MATIC) RM2.61
Lido Staked Ether (STETH) RM16,216.87
Shiba Inu (SHIB) RM0.000084
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.543799
Avalanche (AVAX) RM124.84