Penganjur piket ‘Kepung Demi Palestin”, pihak berkuasa capai persetujuan

0

Penganjur ‘Kepung Demi Palestin’ setuju henti aktiviti melibatkan pembesar suara sebelum 12 malam, dan sedia tukar tempat berhimpun.

PETALING JAYA: Penganjur piket “Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin” telah mencapai persetujuan bersama Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan polis mengenai syarat-syarat tertentu bagi membolehkan protes diteruskan sehingga 31 Dis.

Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Tian Chua berkata antara syaratnya adalah mereka perlu menghentikan semua aktiviti melibatkan penggunaan pembesar suara sebelum jam 12 malam supaya tidak mengganggu ketenteraman orang awam.

“Ini kami setuju. Mesyuarat itu diakhiri dengan suasana yang baik dan kami pun memberi jaminan bahawa perhimpunan akan diteruskan dengan cara yang tertib,” katanya pada sidang media di Jalan Tun Razak.

Beliau juga berkata, pihaknya sedia untuk tukar tempat perhimpunan sekiranya DBKL dapat mencari lokasi bersesuaian.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM305,084.90
Ethereum (ETH) RM16,073.19
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,744.01
USDC (USDC) RM4.71
XRP (XRP) RM2.28
BUSD (BUSD) RM4.60
Cardano (ADA) RM1.75
Solana (SOL) RM639.55
Dogecoin (DOGE) RM0.560332
Polkadot (DOT) RM27.23
Polygon (MATIC) RM2.57
Lido Staked Ether (STETH) RM16,063.42
Shiba Inu (SHIB) RM0.000083
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.54133
Avalanche (AVAX) RM123.28