Pengawal keselamatan jujur pulang RM500,000 diberi penghargaan

0

Pengarah A5 Security Service, Hardeep Singh Jaswant, menyerahkan sijil penghargaan dan hadiah kepada Sherpa Dawa atas kejujuran melaporkan penemuan beg berisi RM500,000.

PETALING JAYA: Sikap jujur pengawal yang memulangkan satu beg berisi wang lebih RM500,000 yang ditemui di tempat meletak kenderaan mendapat penghargaan daripada majikannya.

Sherpa Dawa, 39, dari Nepal hari ini menerima anugerah dan hadiah daripada syarikat keselamatan, A5 Security Service.