Pengusaha kek dalam dilema, kenaikan kos jejas sambutan pelanggan

0

Al Mujida Ali Musa menunjukkan kek buatannya di reruai pada satu majlis, tahun lalu.
KOTA KINABALU: Harga barang yang terus meningkat di seluruh negara turut menjejaskan perusahaan kecil, termasuk pengusaha kek, yang tidak terkecuali menerima kesan susulan kerana perbelanjaan lebih tinggi untuk membeli bahan mentah.
Dengan harga bahan mentah seperti serbuk koko, tepung gandum dan produk tenusu yang dijangka meningkat lebih tinggi tahun ini, pengusaha kek berkata, mereka tidak ada pilihan selain menaikkan harga sekali lagi.
Harga barang sudah melonjak dari nilai purata, 6.1% di Malaysia tahun ini dan pembuat kek terpaksa melakukan tindakan itu untuk terus bertahan.
“Saya menaikkan harga tiga kali tahun lalu dan akan semak semula harga bulan depan. Saya tak mampu lagi menyerap (peningkatan kos),” kata pembuat kek Al Mujida Ali Musa.

Dia yang meninggalkan kerjaya sebagai jurutera demi mengejar impian membuka perniagaan kek di Kota Kinabalu, berkata perubahan harga kek tidak berkesudahan mengakibatkan ramai pelanggannya beralih kepada alternatif lebih murah.
“Saya tidaklah menaikkan harga terlalu tinggi sangat, tetapi pelanggan juga lebih berhati-hati berbelanja kerana inflasi.
“Kek bukanlah keperluan kecuali mungkin pada majlis khas seperti sambutan harijadi atau ulang tahun. Tambahan pula saingan sengit pasaran, ia betul-betul menjejaskan keuntungan,” katanya.
Pada Ogos tahun lalu, kajian dibuat Grant Thornton, sebuah firma audit, cukai dan perunding, mendapati inflasi menjadi kebimbangan utama di negara ini.

Kaji selidik mendapati 82% perniagaan menaikkan harga bagi menangani kesan inflasi, manakala selebihnya memilih menyerap kos tambahan demi mengekang kehilangan pelanggan.
Dalam pada itu, pengusaha kes berpangkalan di Kuala Lumpur, Agnes Rajah, berkata dia mengurangkan produk kek sejak akhir-akhir ini.
Agnes Rajah ketika menghadiri kelas membuat kek dianjurkan syarikatnya di Kuala Lumpur.
Katanya, dia menaikkan harga sekali sahaja tahun lalu, walaupun berdepan peningkatan kos bahan seperti mentega, telur dan keju.
“Tapi, pelanggan masih tak suka. Sebaliknya, ramai dalam kalangan mereka memilih kualiti lebih rendah,” katanya.
Rajah berkata, dia tidak akan menukar bahan digunakan kerana akan menjejaskan rasa serta kualiti produk kek dan biskut keluarannya.
“Saya tidak percaya dengan merendahkan kualiti akibat kos kerana bagi saya rasa dan nilai produk kita itu lebih utama bagi perniagaan saya,” katanya.
Bagaimanapun, dia perlu mempertimbangkan secara serius untuk menyemak semula harga ditawarkan sekiranya harga bahan mentah melambung lagi tahun ini.
“Setakat ini, kos masih boleh diuruskan,” katanya.
Sementara itu, ‘Noy Cupcakes’ di Papar, Ain Mizani, berkata pihaknya juga mengurangkan pembuatan kes dan kek cawan.
Ain Mizani menunjukkan antara kek cawan yang dijual di Noy Cupcakes, di Papar, Sabah.
“Dua tahun lalu, kami menyimpan stok hampir setiap hari. Tapi sekarang, kami lebih berwaspada kerana jika kami menyimpan terlalu banyak dan tidak terjual, kami hanya membazir bahan yang dibeli mahal dan tenaga sahaja,” katanya.
Katanya, kos perniagaan ‘meroket’ sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan beberapa produk dari menu, selain mengubah suai resipi bagi produk lain mengekalkan harga jualan.
“Setakat ini, tiada masalah berhubung bekalan, namun kini semakin sukar mencari harga terbaik. Kami tidak suka menukar resipi, tapi kadang-kala ia tidak mampu dielak,” katanya.
Sejak beroperasi tiga tahun lalu, Noy Cupcakes belum menaikkan harga walaupun kos bahan meningkat.
“Kami sedaya upaya berdepan kesan inflasi. Kami mahu mengelak daripada menaikkan harga dengan sedaya mungkin,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM413,992.48
Ethereum (ETH) RM13,524.47
Tether (USDT) RM4.49
BNB (BNB) RM3,012.52
USDC (USDC) RM4.50
XRP (XRP) RM11.02
BUSD (BUSD) RM4.45
Cardano (ADA) RM4.09
Solana (SOL) RM790.62
Dogecoin (DOGE) RM1.45
Polkadot (DOT) RM27.79
Polygon (MATIC) RM1.90
Lido Staked Ether (STETH) RM13,519.44
Shiba Inu (SHIB) RM0.000091
Dai (DAI) RM4.50
TRON (TRX) RM0.985718
Avalanche (AVAX) RM150.77