Penjenamaan Semula EMI Music Malaysia

0

Syarikat rakamaan EMI Music Malaysia hari ini telah mengadakan majlis pelancaran semula label muzik itu setelah memberhentikan operasi mereka pada 2008 dan di ambil alih oleh Universal Music pada 2013 .

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Calvin Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Asia Tenggara di Grant Hyatt Hotel, Kuala Lumpur . Turut bersama Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia dan Adib Hamdi, Ketua EMI Music Malaysia.

Syarikat rakaman antarabangsa EMI Music (EMI) yang mula bertapak di Malaysia sejak 1966 sedang melalui proses penjenamaan semula agar ia dapat kembali ke zaman kegemilangannya.

“Menerusi syarikat Universal Music Malaysia yang mengambil alih label EMI Music pada 2013, kami mahu melancarkan semula jenama EMI yang merupakan syarikat rakaman antarabangsa pertama di Malaysia,” kata Calvin Wong, Ketua Pengawai Eksekutif Universal Music Asia Tenggara.

Sebagai Pengarah Urusan Universal Music Malaysia pula Kim Lim berkata bahwa “Saya akan melihat cara baharu untuk meluaskan lagi tentang apa yang boleh dicapai oleh syarikat muzik EMI Malaysia ini.”

EMI pernah menaungi beberapa seniman dan legenda terkenal seperti Dato’ Sudirman, Tan Sri P.Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Sharifah Aini, Ella, Datuk Shiela Majid, Fauziah Latiff, KRU, Carefree, Uji Rashid, OAG, Innuendo, Butterfingers, Amuk, Black Dog Bone, Dato Dj Dave, Ekamatra, Too Phat, Nur Kumalasari, dan Anuar dan Ellina.

EMI 2.0

Antara artis- artis di bawah naungan EMI Music Malaysia terkini adalah Irfan Haris dan Ezra Kairo, “Penyanyi – penyanyi baru, muda dan segar ini diharap dapat menjadi pelapis dan generasi baru yang boleh menaikkan semula nama EMI Music Malaysia dengan lagu – lagu yang popular mengikut cita rasa dunia musik terkini,” kata Adib Hamdi, Ketua EMI Music Malaysia.

Sementara itu, Irfan Haris, 22 tahun berkata “Irfan rasa sangat berbesar hati menjadi sebahagian EMI Music Malaysia kerana Irfan membesar dengan lagu – lagu keluaran EMI Music seperti lagulagu Dato’ Sudirman, Tan Sri P.Ramlee, Carefree, KRU dan ramai lagi, jadi apabila Irfan sendiri dapat menyertai EMI Music Irfan rasa amat berbangga dan bersyukur.”

Irfan Harris dan Ezra Kairo merupakan dua penyanyi terawal yang ditawarkan oleh syarikat rakaman EMI Music Malaysia untuk bernaung dibawah label muzik tersebut.

Irfan yang mempunyai pengikut seramai 512 ribu di aplikasi Instagram serta 324 ribu pengikut di aplikasi TikTok memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil dan juga Ceria Popstar, setelah mengeluarkan beberapa single popular bergenre balada seperti ‘Redha (2016)’ dan ‘Pesan (2019)’ yang telah meraih sebanyak 14 juta penonton di aplikasi YouTube, Irfan turut menyertai rancangan realiti Big Stage 2 pada tahun 2019 dan berjaya ke peringkat akhir serta memenangi tempat ke- 4.

Terkini Irfan telah mengeluarkan single duet ‘Bukan Dengan Kita’ bersama dengan Dalia Farhana dan telah meraih sebanyak 215 ribu penonton di aplikasi YouTube serta sebanyak 310 ribu pendengar di aplikasi Spotify.

Manakala Ezra Kairo, 23 tahun pula berkata “Saya rasa amat berbangga dan bersyukur terpilih sebagai penyanyi di bawah naungan EMI Music Malaysia, saya ambil ini sebagai peluang untuk saya tonjolkan diri serta untuk mengasah lagi bakat nyanyian saya agar dapat menjadi setanding artis – artis yang pernah berada di bawah EMI Music Malaysia.”

Ezra mula terkenal di aplikasi TikTok dengan 181 ribu pengikut, beliau yang cenderung dalam musik Pop dan R&B juga telah mengeluarkan beberapa single seperti ‘Hold me’, ‘Kau tiada’ dan ‘Hanya Kamu’ serta terkini beliau telah mengeluarkan single ‘Benar (2023)’ yang juga merupakan single pertama keluaran EMI Music Malaysia, dimana musik videonya telah meraih sebanyak 240 ribu penonton di YouTube dalam masa sebulan dan sebanyak 120 ribu pendengar di aplikasi Spotify.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM305,632.40
Ethereum (ETH) RM15,957.60
Tether (USDT) RM4.71
BNB (BNB) RM2,722.77
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.31
BUSD (BUSD) RM4.57
Cardano (ADA) RM1.74
Solana (SOL) RM633.69
Dogecoin (DOGE) RM0.562112
Polkadot (DOT) RM27.19
Polygon (MATIC) RM2.57
Lido Staked Ether (STETH) RM15,981.77
Shiba Inu (SHIB) RM0.000083
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.54175
Avalanche (AVAX) RM121.87