Penurunan kuasa kesihatan: KKM teliti permintaan Sarawak

0

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan permintaan Sarawak berkaitan penurunan kuasa dalam bidang kesihatan adalah munasabah. (Gambar Bernama)

KUCHING: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti semua permintaan Sarawak berkaitan penurunan kuasa dalam bidang kesihatan, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata beberapa syor serta cadangan tentang perkara itu disampaikan Timbalan Premier Sarawak Dr Sim Kui Hian kepadanya dalam satu mesyuarat hari ini.

Permintaan itu termasuk berkaitan prasarana, pentadbiran, sumber manusia serta perjawatan dalam bidang kesihatan.

“Kami akan teliti permintaan mereka dan ini akan disusuli dengan penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa kerja kecil yang akan melihat dan memperincikan lagi permintaan tersebut.

“Menurut saya, permintaan mereka ini munasabah,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Hospital Petra Jaya.

Sementara itu, Dzulkefly berkata kerajaan Sarawak juga memohon agar pembinaan Pusat Kanser Sarawak dapat dilaksanakan segera.

“Kita tidak lagi boleh melengahkan pembinaan pusat kanser ini yang sangat diperlukan. Saya akan memaklumkan semua permintaan Sarawak kepada perdana menteri,” katanya.

Pada 7 Jan lepas, Sim berkata satu mesyuarat antara KKM dan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak akan diadakan minggu ini bagi membincangkan dengan lanjut permintaan negeri itu untuk mendapatkan autonomi dalam bidang kesihatan.

Menurut beliau, Sarawak mahukan autonomi dalam sektor kesihatan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan di negeri ini mencapai tahap terbaik.

Sim berkata Sarawak memerlukan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti pusat rawatan jantung di Sibu dan Miri berikutan saiz negeri ini yang besar dan perjalanan yang memakan masa.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM315,034.65
Ethereum (ETH) RM16,517.67
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,843.33
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.26
BUSD (BUSD) RM4.62
Cardano (ADA) RM1.99
Solana (SOL) RM694.13
Dogecoin (DOGE) RM0.669871
Polkadot (DOT) RM30.14
Polygon (MATIC) RM2.87
Lido Staked Ether (STETH) RM16,508.80
Shiba Inu (SHIB) RM0.000101
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.548357
Avalanche (AVAX) RM147.94