Perikatan Nasional masih longgar, sekretariat akan diwujudkan, kata Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Suatu sekretariat melibatkan setiausaha agung parti-parti dalam Perikatan Nasional akan ditubuhkan dalam masa terdekat, kata Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa.

Perikatan itu, gandingan Umno, PPBM, PAS dan kumpulan bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, perlu diperkukuhkan, katanya.

“Saya terima arahan daripada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi…antaranya setiausaha agung dikehendaki mewujudkan satu sekretariat dan menjalankan kerja-kerja eksekutif.

“Kita masih gabungan yang longgar. Kita tidak ada manifesto, tidak ada lambang, tidak ada nama yang didaftarkan secara sah. Kita ‘beranak’ dahulu barulah fikir,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno hari ini.

Source link

Comments (0)
Add Comment