Kuala Lumpur: Perjanjian konsesi MY E.G. Services Bhds (MYEG) untuk menyediakan Perkhidmatan e-Kerajaan dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi dari 23 Mei 2020 hingga 22 Mei 2023.
MYEG dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, ia menerima surat mengenai lanjutan itu daripada Kementerian Pengangkutan pada 3 Disember 2020.
Perkhidmatan itu termasuklah penyediaan elektronik bagi pendaftaran kenderaan, lesen pemandu dan kenderaan dan pembayaran saman.
Lembaga Pengarah MYEG menjangka lanjutan itu memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset sesaham bersih syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2020 dan seterusnya.
Source link