Perkapalan: Ketegangan Timur Tengah boleh ganggu rantaian pembekalan

0

Tangkap layar video memaparkan helikopter IRGC terkatung-katung di atas sebuah kapal yang dikaitkan dengan Israel. (Gambar AP)

KUALA LUMPUR: Ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah, ditambah dengan insiden rampasan kapal kontena berkaitan Israel oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) awal hari ini, boleh mengakibatkan gangguan rantaian bekalan serta premium insurans yang lebih tinggi, kata persatuan perkapalan.

Pengerusi Persatuan Perkapalan Malaysia Ooi Lean Hin berkata ketegangan geopolitik semasa di Timur Tengah meningkatkan risiko pelayaran dalam ekosistem perkapalan global, yang kini diperluaskan ke Teluk selain dari Laut Merah.

“Keselamatan pelayaran agak berisiko tinggi di rantau ini. Premium insurans risiko perang akan melonjak dan gangguan rantaian bekalan akan bertambah sehingga membawa kepada peningkatan kos penghantaran untuk rantau ini,” katanya.

Ditanya mengenai impak terhadap sektor perkapalan, beliau berkata situasi semasa memberi kesan kerana banyak syarikat perkapalan mengarahkan sebahagian besar kapal untuk melalui Tanjung Harapan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“Lencongan ini menyebabkan kapal mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke Malaysia. Kos pengangkutan dan insurans juga telah naik baru-baru ini,” jelasnya.

Presiden Persatuan Penghantar Barang dan Logistik Selangor, Tony Chia Han Teun, menambah syarikat perkapalan terpaksa mengelak daripada menggunakan laluan Laut Merah serta Terusan Suez kerana bimbang akan menjadi sasaran.

“Sejak sebulan kebelakangan ini, banyak syarikat perkapalan telah mengarahkan kapal-kapal mereka ke Tanjung Harapan sehingga menyebabkan perjalanan ke Malaysia menjadi lebih panjang,” katanya.

Naib Presiden Persekutuan Pengangkutan Kargo Malaysia, Alvin Chua Seng Wah, berkata keadaan semasa memberi kesan kepada Malaysia kerana kapasiti penghantaran ke Eropah akan berkurangan.

“Jumlah kapal yang ada akan berkurangan dengan masa pelayaran yang lebih lama,” tambahnya.

Dilaporkan sebuah kapal kontena bernama MCS Aries dirampas oleh pasukan khas IRGC dengan menggunakan helikopter.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM319,250.65
Ethereum (ETH) RM16,559.17
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,854.12
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.29
BUSD (BUSD) RM4.64
Cardano (ADA) RM2.04
Solana (SOL) RM714.15
Dogecoin (DOGE) RM0.674912
Polkadot (DOT) RM30.96
Polygon (MATIC) RM2.98
Lido Staked Ether (STETH) RM16,559.08
Shiba Inu (SHIB) RM0.000102
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.549893
Avalanche (AVAX) RM154.00