Permukiman Jemaah Menteri kukuh kerajaan perpaduan

0





Program permukiman anggota Jemaah Menteri kerajaan perpaduan diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, hari ini. (Gambar Facebook Hannah Yeoh)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama 27 anggota Jemaah Menteri hari ini menghadiri program permukiman anggota Jemaah Menteri kerajaan perpaduan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, program yang turut dihadiri 10 pegawai kanan kerajaan itu dilaksanakan bagi memperkukuh serta memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan Jemaah Menteri.

“Selaras dengan hasrat perdana menteri dalam menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran kerajaan perpaduan, program permukiman ini diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Aspek itu merangkumi struktur kerajaan dan hal ehwal pentadbiran awam; pengurusan kewangan dan perolehan kerajaan; persidangan antarabangsa dan kepentingan negara; protokol kerajaan dan profesionalisme; pembangunan lestari, senario ekonomi dan cabaran serta taklimat berkaitan komunikasi media.

Selain itu, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali turut menyampaikan taklimat pelaksanaan petunjuk prestasi utama (KPI) anggota Jemaah Menteri pada sesi permukiman itu.



Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM303,618.69
Ethereum (ETH) RM16,519.30
Tether (USDT) RM4.71
BNB (BNB) RM2,774.42
USDC (USDC) RM4.71
XRP (XRP) RM2.30
BUSD (BUSD) RM4.56
Cardano (ADA) RM1.81
Solana (SOL) RM635.13
Dogecoin (DOGE) RM0.585614
Polkadot (DOT) RM27.19
Polygon (MATIC) RM2.71
Lido Staked Ether (STETH) RM16,516.28
Shiba Inu (SHIB) RM0.000085
Dai (DAI) RM4.71
TRON (TRX) RM0.565216
Avalanche (AVAX) RM121.78