Pertikai Noor Hisham tindakan tidak bertanggungjawab, kata timbalan menteri

0

Timbalan Menteri Kesihatan 1 Noor Azmi Ghazali berkata, Dr Noor Hisham Abdullah mendedikasikan sebahagian besar kehidupannya dalam menjaga aspek kesihatan rakyat.

PETALING JAYA: Tindakan individu tertentu termasuk ahli politik mempertikaikan kredibiliti serta pengorbanan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam usaha membanteras wabak Covid-19 merupakan tindakan tidak bertanggungjawab, kata timbalan menteri kesihatan 1.

Noor Azmi Ghazali berkata, sejak wabak Covid-19 mula melanda negara, Noor Hisham merupakan individu paling hadapan yang “berperang” dengan wabak Covid-19 selama ini.

Bahkan beliau mendedikasikan sebahagian besar kehidupannya dalam menjaga aspek kesihatan rakyat di negara ini.

“Saya terkejut apabila ada individu tertentu sama ada orang awam mahupun ahli politik tergamak mempertikaikan kredibiliti serta pengorbanan Noor Hisham dalam membanteras wabak Covid-19 di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Noor Hisham berkata, tidak timbul isu “takut mat”i selepas dipertikai seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat kerana didakwa tidak turun melawat hospital.

Katanya, sebagai orang Islam beliau perlu menerima bahawa kematian boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Tambah Noor Hisham, apa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini adalah untuk memutuskan rantaian dan jangkitan Covid-19.

Semalam, Dewan Rakyat kecoh selepas seorang ahli Parlimen mendakwa Noor Hisham “takut mati” kerana tidak turun padang melawat hospital, sebaliknya meraih publisiti dengan mengadakan taklimat harian Covid-19.

Kekecohan bermula apabila ahli Parlimen Bintulu (GPS) Tiong King Sing mempersoalkan Noor Hisham kerana tidak pergi ke hospital untuk memberi sokongan moral kepada kakitangan perubatan.

Katanya, keadaan Covid-19 di Sabah semakin teruk dan Noor Hisham sepatutnya turun padang.

Noor Azmi berkata, beliau yang melihat secara langsung tugasan seharian Noor Hisham mdendapati ketua pengarah kesihatan itu memulakan tugasnya seawal jam 8 pagi setiap hari bagi mencari penyelesaian membanteras penularan wabak itu yang sudah memasuki gelombang ke-3 sekarang.

“Semua pihak perlu beri komitmen sepenuhnya dan Noor Hisham sebagai ketua pengarah pastinya mesti menunjukkan contoh terbaik kepada warga kesihatan lain.

“Tindakan pihak tertentu mempertikaikan amanah yang dlaksanakan beliau adalah tidak bertanggungjawab serta tidak masuk akal,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM300,995.40
Ethereum (ETH) RM10,811.69
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,454.59
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM2.25
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM1.45
Solana (SOL) RM718.25
Dogecoin (DOGE) RM0.689066
Polkadot (DOT) RM16.59
Polygon (MATIC) RM1.31
Lido Staked Ether (STETH) RM10,802.01
Shiba Inu (SHIB) RM0.000075
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM0.723796
Avalanche (AVAX) RM103.29