Pertumbuhan KDNK lebih baik | Harian Metro

0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyaksikan pemulihan ekonomi secara beransur-ansur pada Julai dengan peningkatan kepada angka jumlah eksport, kadar pengangguran, Indeks Pembuatan Industri dan lain-lain indikator ekonomi.

Malah, hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku Kedua, jika dianalisis dari bulan ke bulan menunjukkan peningkatan mendadak dari April (-28.6 peratus) ke Jun (-3.2 peratus) yang membayangkan pertumbuhan lebih baik pada bulan akan datang.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, banyak perniagaan menyuarakan rasa optimis mereka dengan prestasi separuh kedua tahun ini.

“Kerajaan terus peka terhadap sektor yang terjejas teruk khususnya pelancongan akibat penutupan sempadan antarabangsa yang akan berterusan sehingga 31 Disember 2020.

“Tumpuan dan usaha kerajaan akan diselaraskan bagi menggalakkan permintaan dalam sektor ini,” katanya dalam pembentangan Laporan Laksana Ke-19 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di Facebooknya, semalam.

Tengku Zafrul turut berkongsi mengenai persetujuan sebulat suara Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 24 Ogos lalu yang meluluskan pakej rangsangan membabitkan suntikan fiskal RM45 bilion untuk memerangi Covid-19.

“Apa yang jelas ialah sokongan kepada Rang Undang-undang (RUU) ini membuktikan ahli Parlimen kita mampu merentasi jurang perbezaan politik dalam menzahirkan yang terbaik untuk rakyat.

“Terdapat suara yang meminta peruntukan RM45 billion itu digandakan. Pada prinsipnya saya turut setuju, tetapi sebarang penggandaan pakej perlu pertimbangan sangat rapi.

“Bukan nilai saja yang menentukan keberkesanan sesuatu pakej stimulus, tetapi perincian inisiatif, sasaran rangsangan dan disiplin fiskal semua memainkan peranan,” katanya.

Menurutnya, dalam dua bulan yang akan datang ini, selain dari memastikan pelaksanaan Pakej Prihatin dan Penjana, fokus kementerian adalah kepada pemulihan ekonomi melalui perancangan fasa Belanjawan 2021.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Source link

    Leave A Reply
    Bitcoin (BTC) RM309,127.24
    Ethereum (ETH) RM16,248.28
    Tether (USDT) RM4.69
    BNB (BNB) RM2,740.52
    USDC (USDC) RM4.69
    XRP (XRP) RM2.81
    BUSD (BUSD) RM4.69
    Cardano (ADA) RM1.92
    Solana (SOL) RM808.04
    Dogecoin (DOGE) RM0.612944
    Polkadot (DOT) RM27.75
    Polygon (MATIC) RM2.50
    Lido Staked Ether (STETH) RM16,236.09
    Shiba Inu (SHIB) RM0.00008
    Dai (DAI) RM4.69
    TRON (TRX) RM0.628145
    Avalanche (AVAX) RM136.63